Page 3 - Cerpen Talia dan Raksasa Qadqad
P. 3
2
Kisah ahli-ahli suku berselisih
dengan sekeluarga makhluk seperti yang
diceritakan oleh Talia di denai yang sama
heboh diperkatakan. Penduduk kampung
menggelar katak raksasa tersebut sebagai
Raksasa Qadqad bersempena dengan
bunyi yang dihasilkan oleh katak tersebut.
Penduduk kampung bimbang jika mereka
terpaksa berpindah lagi kerana mereka
semua baru beberapa bulan berpindah ke
Bukit Ungu.
Pada suatu hari, adik Talia, Jini
demam panas. Bapa Talia, Dodo
berpendapat bahawa Jini perlu dibawa ke
hospital. Dodo mencadangkan agar
mereka menumpang kereta api. Dodo
mengajak isterinya, Misa dan anaknya,
Talia ke bandar. Talia sekeluarga segera
meninggalkan rumah mereka. Dodo
mendukung Talia. Isterinya, Misa pula
membawa Jini di dalam bakul sandang.