Page 2 - Jasamu Dikenang 2023
P. 2

KATA ALU-ALUAN

      Salam Sejahtera,

      Syukur kepada Tuhan kerana dapat kita bertemu di dalam Majlis Jasamu
      Dikenang, Lambaian Kasih Sekalung Budi Tahun 2023 anjuran Jabatan
      Kesihatan Negeri Perak. Saya ingin      mengambil kesempatan ini untuk
      merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
      Jawatankuasa Majlis Jasamu Dikenang, Lambaian Kasih Sekalung Budi di
      atas komitmen serta kesungguhan untuk menjayakan majlis ini.


      Sebagaimana yang kita sedia maklum, Penjawat Awam adalah merupakan
      aset yang terpenting di adalam setiap organisasi bagi melaksanakan serta
      merealisasikan setiap dasar yang diputuskan oleh kerajaan. Kejayaan dan
      kesungguhan setiap Penjawat Awam melaksanakan tanggungjawab terhadap
      tugasnya akan memberikan imej dan reputasi yang baik terutama kepada
      organisasi secara keseluruhan. Sehubungan dengan itu, majlis pada hari ini
      diadakan bagi menghargai setiap usaha gigih, pengorbanan serta khidmat
      bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan mereka kepada
      masyarakat khususnya dan negara amnya.

      Saya mendoakan semua anggota yang telah dan akan bersara agar diberi
      kesihatan yang baik dan berbahagia bersama keluarga tersayang. Penuhi
      setiap masa yang terluang dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah
      terutamanya perkara yang kita tidak berpeluang untuk melakukannya semasa
      kita masih berkhidmat. Manfaatkan pengalaman-pengalaman yang diperolehi
      sepanjang perkhidmatan untuk terus berbakti kepada masyarakat dan negara
      yang tercinta ini. Akhir kata, saya bagi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia
      mengucapkan selamat bersara serta terima kasih di atas segala sumbangan
      yang telah diberikan.

                                                             Sekian terima kasih.
                                                DR. SIRAJUDDIN BIN HASHIM
                                    PENGARAH KESIHATAN NEGERI PERAK
   1   2   3   4   5   6   7