Page 50 - EBOOK LAPORAN KN2020 AMANAH
P. 50

!
                                  MINIT KONVENSYEN NASIONAL 2019
                                                                           !
                                                                           !
             7!  Haji Ishak Ismail (Negeri Selangor)  menyentuh  tentang  kelemahan
                 pengurusan   komunikasi,   kelembapan   ekonomi   dan   kepentingan
                 kepimpinan  negara  dan  parti  mengekalkan  integriti  dan  budaya  berdaya
                 saing.

             8!  Mohd Hasbie Muda (Negeri Terengganu).  Membahaskan tentang masalah
                 penyalahgunaan  dadah  di  negeri-negeri  majoriti  orang  Melayu  seperti
                 Terengganu,  Kelantan,  Pahang  dan  Perlis  yang  dikuasai  pembangkang.
                 Beliau turut menyatakan kekesalan kerana parti beridentitikan Melayu dan
                 Islam  seperti  PAS  dan  Umno  lebih  berminat  memperjuangkan  sentimen
                 perkauman yang sempit berbanding menyelesaikan masalah kritikal yang
                 berakar umbi dalam kalangan orang Melayu. Selain itu, beliau berharap agar
                 Parti  menjuarai  kepentingan  orang  Melayu  dan  Islam  yang  lebih  realistik
                 seperti penguasaan ekuiti Bumiputera seperti Amanah Saham Bumiputera
                 (ASB) yang masih rendah.

     KONVENSYEN NASIONAL 2020 P ARTI AMANAH NEGARA
             9!  Mohd Saifullah Abdul Nasir (Negeri Pulau Pinang) - Berpendapat bahawa
                 kakitangan kerajaan sewajarnya memberikan taat setia kepada kerajaan hari
                 ini (government of the day) dan bukannya mencabar. Situasi kurang baik ini
                 wajar ditangani oleh Pakatan Harapan bagi memastikan tindakan sabotaj
                 boleh dielakkan sehingga mengundang risiko kegagalan kerajaan berfungsi
                 dengan  berkesan  dan  lancar  sekaligus  merencatkan  agenda  reformasi
                 institusi pentadbiran negara.
             10!  Nasir Zakaria (Negeri Kedah)  -  Berkongsi  kekesalan  kerana  terdapat
                 pemimpin yang menjadi menteri lebih berminat menumpukan isu-isu yang
                 remeh berbanding perkara yang memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat.
                 Contohnya  adalah  pelaksanaan  larangan  merokok  di  tempat  awam
                 berbanding  meningkatkan  keberksanan  pengurusan  klinik  dan  hospital
                 kerajaan  yang  sering  menjadi  rungutan  orang  ramai.  Beliau  turut
                 mencadangkan  supaya  Parti  dapat  mengadakan  program  seperti  Biro
                 Tatanegara  (BTN)  untuk  mengukuhkan  fikiran  dan  jiwa  ahli  kepada
                 perjuangan parti.
             11!  Roslan Ahmad (Negeri Perlis)  -  Beliau  menimbulkan  persoalan  tentang
     AN          keberkesanan Mingguan Amanah yang merupakan lidah rasmi Parti dalam
                 mengetengahkan  agenda  Rahmatan  Lil  ‘Alamin  di  samping  berfungsi
      LAPOR      sebagai penghubung antara pimpinan dan ahli apatah lagi pengundi atas
                 pagar.  Justeru  beliau  berharap  pengarah  strategi  dalam  mengambil
     BUKU        tindakan bagi memastikan keberkesanan komunikasi dapat dilaksanakan.




                                                                              48
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55