Page 2 - PBL Bahasa Arab_1/2021
P. 2
BICARA GURU BESAR
Assallamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Terlebih dahulu saya memanjat setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah kurnianya, Modul PEVIA PBL ini diadakan untuk memenuhi
keperluan semasa.
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang berkualiti dapat menetukan kemenjadian murid seperti yang
dihasratkan. Dengan pelaksanaan PBD yang berkesan, guru dapat mengumpul maklumat tentang
perkembangan, kemajuan dan penguasaan murid dalam proses pembelajaran mereka dan seterusnya
meningkat pencapaian murid secara keseluruhan.
Dalam konteks PEVIA PBLmerujuk kepada pelaksanaan projek yang dapat meningkatkan pencapaian
Tahap Penguasaan 5 (TP5) dan Tahap Penguasaan 6 (TP6). Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah
Berasaskan Projek merupakan satu proses pembelajaran yang berpusatkan murid di mana pelbagai
disiplin ilmu boleh diintegrasikan secara sistematik dan terancang. Aktiviti kerja projek dilakukan selepas
murid telah didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan. Pentaksiran secara berterusan
perlu dijalankan semasa pelaksanaan projek dan ini dikenali sebagai Pentaksiran Bilik darjah (PBD)
Berasaskan Projek. Pelaksanaan kerja projek memberikan murid ruang untuk meneroka dan
menyelesaikan sesuatu isu atau masalah secara praktikal dengan menjalankan inkuiri, peranacangan,
pelaksanaan dan refleki. Ini menggalakkan pembelajaran aktif dan pengaplikasian KBAT. Di samping itu,
kemahiran berkomunikasi murid juga dapat dikembangkan dan secara tidak langsung nilai-nilai murni
murid diterapkan semasa proses pelaksanaan projek. Melalui PEVIA PBL, pemerolehan pengetahuan,
penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murid dapat di optimumkan (4 C + 1 V).
Modul PEVIA PBL juga mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran Berasaskan inkuiri sebagai
strategi yang memberi peluang kepada murid mengalami aktiviti penerokaan yang melibatkan pertanyaan
soalan, penyiasatan, membuat hipotesis, mengumpul dan menganalisis data serta membuat rumusan /
refleksi. Gabungan PEVIA PBL INKUIRI murid dibimbing mempunyai rasa ingin tahu, menjadi
penyelesai masalah, kritis, kreatif dan penyelididk yang membina ilmu baharu disamping megukuhkan
KBAT serta meningkatkan pembelajaran terarah kendiri untuk pembelajaran sepanjang hayat.
Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua
barisan Penolong Kanan dan semua guru yang terlibat secara lansung dengan penerbitan MODUL
PEVIA PBL ini. Semoga Modul ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat.
Sekian, wassallam.
“PEVIA , EVERYONE IS AN A ACHIEVER”
Nazzatul Ashima Bt Abdul Rahman
Guru Besar SK Bayan Baru