Page 4 - SR2
P. 4
Di akhir program ini pelajar berkeupayaan:
Memperolehi pengetahuan mengenai asas reka bentuk senibina,teknologi senibina serta
HPP1 lukisan teknikal.
Mengaplikasikan kemahiran reka bentuk, teknologi serta aspek teknikal ke dalam lukisan
HPP2 senibina.
Mempraktikkan budaya kerja yang sistematik serta mampu menyesuaikan diri dengan
HPP3 persekitaran pekerjaan mengikut perkembangan semasa.
HPP4 Melaksanakan tugas secara professional, bertanggungjawab melaksanakan skop kerja yang
diamanahkan dengan kompeten, mengamalkan nilai akhlak yang baik, jujur dalam pekerjaan
HPP5 Berupaya berkomunikasi dalam kumpulan reka bentuk serta masyarakat secara
keseluruhannya.
HPP6 Berkebolehan mengenal pasti dan menyelesaikan masalah-masalah berkaitan reka bentuk
dan lukisan teknikal serta berkemahiran menggunakan perisian komputer berkaitan bidang.
HPP7 Meneroka isu dan situasi industri binaan untuk meningkatkan pengetahuan senibina sedia
ada ke tahap yang lebih tinggi mengikut perkembangan semasa.
HPP8 Menguruskan elemen-elemen pengurusan projek pembinaan serta cenderung ke arah
menceburi peluang perniagaan yang positif berkaitan bidang.
8. KEHADIRAN KULIAH
Petikan Fasal 11.1.1 – 11.1.2 Peraturan Akademik KYPJ “Pelajar yang tidak mencapai kehadiran
kurang daripada 80% dari jumlah jam temu untuk setiap kursus tanpa sebab yang boleh diterima
oleh Pusat Pengajian tidak dibenarkan menduduki peperiksaan akhir kursus. Bagi kursus yang tiada
peperiksaaan akhir, kerja kursus tidak diberi penilaian. Pelajar akan diberi markah SIFAR (0) atau
Gred F bagi kursus yang berkenaan dan pelajar dikehendaki mengulang kursus tersebut”.
Petikan Para 2.13.2 – 2.13.4 Peraturan Akademik UiTM Program Diploma dan Program Ijazah
Sarjana Muda (Pindaan 2015) “Pelajar yang tidak mencapai kehadiran 80% dari jumlah jam temu
untuk setiap kursus tanpa mendapat kebenaran bertulis dari Fakulti/Cawangan/Pusat Pengajian tidak
dibenarkan menduduki peperiksaan akhir kursus. Bagi kursus yang tiada peperiksaaan akhir, kerja
kursus tidak diberi penilaian. Pelajar akan diberi Gred F atau gagal dengan status ZZ serta dikenakan
denda RM100.00”.
Petikan Bahagian VII: PENILAIAN, Peraturan Akademik UTM Program Diploma dan Program
Ijazah Sarjana Muda “Pelajar yang tidak mencapai kehadiran 80% dari jumlah jam temu untuk setiap
kursus tanpa sebab munasabah yang boleh diterima oleh Pusat Pengajian tidak dibenarkan
menduduki peperiksaan akhir kursus. Bagi kursus yang tiada peperiksaaan akhir, kerja kursus tidak
diberi penilaian. Pelajar akan diberi markah SIFAR (0) bagi kursus yang berkenaan dan pelajar
dikehendaki mengulang kursus tersebut”.
4 AKA – P02 : Prosedur Penyediaan Fail Pengajaran dan Fail Kursus