Page 8 - E-Folio Integrasi Budaya Dalam Perayaan
P. 8
FAHAMI BUDAYA
Amalan rumah terbuka juga sangat
berperanan dalam memupuk semangat
perpaduan antara kaum di Malaysia. Dengan
menghadirkan diri ke rumah terbuka sesuatu
kaum itu, kita dapat melihat dan
menyaksikan budaya masyarakat lain.
Sebagai contohnya , ketika rumah terbuka
semasa Hari Raya Aidilfitri , kaum bukan
Melayu akan mengetahui budaya makanan ,
hiasan serta hati budi masyarakat melayu.
Tidak dinafikan masyarakat bukan melayu
akan teruja dengan hidangan masakan
melayu seperti rendang , ketupat ,lemang
dan sebagainya, yang tidak ada dalam menu
rumah terbuka atau ketika perayaan agama
lain.