Page 119 - APP KKR 2023
P. 119
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
2.9 Pengurusan Tender
2.9.1 Kawalan Am Pengurusan Tender
a) Tempoh sah laku tender yang minimum adalah sembilan puluh (90) hari, dikira
daripada tarikh tender ditutup. Sekiranya perlanjutan tempoh sah laku tawaran
tender diperlukan, pelanjutan hendaklah dibuat sebelum tarikh tempoh sah laku
asal tamat dengan kelulusan Pengerusi Lembaga Perolehan berkenaan.
b) Sebarang pembatalan tender hendaklah mendapat kelulusan Pengerusi
Lembaga Perolehan yang berkenaan dan dimaklumkan kepada Lembaga
Perolehan Kementerian dengan menyatakan sebab-sebab pembatalan.
c) Deposit tender adalah dikecualikan bagi tender tempatan sekiranya syarikat/
pembekal telah mendaftarkan kod bidang bekalan/ perkhidmatan dengan
Kementerian Kewangan atau kod bidang kerja dengan CIDB. Walau
bagaimanapun, bagi petender tempatan yang tidak mempunyai kod bidang
hendaklah mendapat pengecualian pendaftaran daripada Kementerian
Kewangan. Deposit tender hendaklah dikenakan sebanyak 2.5% daripada
tawarannya atau maksimum RM10,000. Deposit tender hendaklah dalam
bentuk draf bank/ jaminan bank dan hendaklah dikemukakan bersekali dengan
tawaran tender.
d) Pelawaan tender diiklankan dalam Portal MyPROCUREMENT sekurang-
kurangnya dua puluh satu (21) hari daripada tarikh mula iklan sehingga tarikh
iklan tender tamat. Kandungan iklan tender hendaklah menyatakan perkara-
perkara berikut:
i. Agensi yang memanggil tender;
ii. Tajuk tender yang diiklankan;
iii. Jenis tender (terbuka dan/ atau khas Bumiputera);
iv. Syarat-syarat kelayakan tender;
v. Tempat, tarikh dan masa dokumen tender dijual;
vi. Tempat, tarikh dan masa bagi taklimat/ lawatan tapak/ premis (jika
berkenaan);
vii. Harga, cara bayaran dan jawatan penerima bayaran dokumen tender; dan
viii. Tempat, tarikh dan waktu tender diterima dan ditutup.
e) Kementerian/ Jabatan hendaklah menetapkan jam 12.00 tengah hari pada hari
pelawaan tender ditutup (hari bekerja) sebagai waktu terakhir untuk menerima
tawaran tender. Tawaran tender yang lewat diterima dari waktu dan tarikh yang
ditetapkan tidak boleh dipertimbangkan.
f) Mengatur pembukaan tender, penilaian tender dan mesyuarat Lembaga
Perolehan.
g) Kertas Taklimat Tender hendaklah disediakan untuk pertimbangan Lembaga
Perolehan.
118