Page 37 - BUKU AGM KE-51 MAKSAK SABAH_Classical
P. 37
5. AHLI KELAB GABUNGAN MAKSAK SABAH
Sehingga 31 Disember 2020 MAKSAK Sabah dianggotai seramai
60 Ahli Kelab Gabungan yang terdiri daripada Kelab-Kelab Sukan
dan Rekreasi Kementerian, Jabatan dan Badan-Badan Berkanun
Negeri dan Persekutuan.
6. SUMBER KEWANGAN
Sumber kewangan MAKSAK Sabah adalah:-
6.1 Peruntukan gran tahunan Kerajaan Negeri
6.2 Sewa ruang pejabat di Dewan Perdana dan Dewan Kecil
6.3 Faedah simpanan tetap di bank tempatan
6.4 Yuran tahunan ahli-ahli kelab gabungan MAKSAK Sabah
6.5 Sumbangan subsidi daripada MAKSAK Malaysia
6.6 Komisen pungutan derma kelab gabungan
7. PEMBANGUNAN SEMULA TANAH MAKSAK SABAH
MAKSAK Sabah menandatangani perjanjian tambahan
pembangunan semula tanah milik MAKSAK Sabah dengan
pemaju Ideal Prestige Sdn. Bhd. pada 15 September 2011.
Pemaju telah memberikan jaminan bahawa pembangunan
Wisma MAKSAK Sabah akan disiapkan dalam tempoh 48 bulan
dari tarikh kelulusan pelan bangunan oleh pihak berkuasa.
Jawatankuasa Khas Pembangunan MAKSAK Sabah yang di
Pengerusikan oleh Naib Yang DiPertua (Rekreasi) dan kemudian
oleh Timbalan Yang Dipertua telah mengadakan 4 kali mesyuarat
pada tahun 2020 dan telah 2 kali pada tahun 2021 dengan
pemaju. Antara lain yang telah di bincang adalah seperti
berikut:-