Page 69 - BUKU AGM KE-51 MAKSAK SABAH_Classical
P. 69

ASAS PERTIMBANGAN

                   AJK Kerja MAKSAK Sabah yang di Pengerusikan oleh YB Setiausaha
                   Kerajaan Negeri Sabah merangkap Yang DiPertua MAKSAK Sabah telah
                   beberapa kali membincang perkara ini dan mendapati beberapa masalah
                   berikut akan timbul sekiranya pembangunan diteruskan seperti dalam
                   pelan.
                   a) Pengurusan Hotel perlu diwujudkan
                   b) Memerlukan Kos yang tinggi untuk melengkapkan bilik
                   c) Memerlukan Kos yang tinggi untuk menyelenggara
                   d) Tidak dapat bersaing untuk mendapatkan pelanggan berdasarkan
                   keadaan dan keperluan bilik penginapan di Kota Kinabalu masa kini

                   Sekiranya bilik hotel tersebut diubah ke unit SOVO semua masalah di
                   atas dapat diatasi awal dan pihak MAKSAK mendapat pulangan secara
                   terus. Pihak MAKSAK akan memberi keutamaan kepada Penjawat Awam
                   untuk membeli unit SOVO ini. Pengurusan MAKSAK akan berbincang
                   dengan bank-bank tempatan bagi urusan pinjaman kewangan.

                   AJK Kerja MAKSAK Sabah telah bersetuju dengan cadangan ini dan
                   dibentang dalam Mesyuarat Agung MAKSAK Sabah kali ke-51 untuk
                   persetujuan dan kelulusan.


                   SYOR

                   Berdasarkan perbincangan dan penjelasan tersebut, AJK Kerja
                   MAKSAK Sabah dengan ini mencadangkan supaya Pelan Pembangunan,
                   bangunan MAKSAK Sabah             dari tingkat 8 hingga 17 diubah suai dari
                   sejumlah 200 bilik hotel kepada 78 unit SOVO (Small Office, Versatile
                   Office) Suites.

                   Mohon Mesyuarat Agung ini mempertimbang dan meluluskan cadangan
                   ini



                   AJK Kerja MAKSAK Sabah
                   17 Mei 2021








                                        “SABAH MAJU JAYA”
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74