Page 105 - Prospektus Pengurusan SKKS 2021 V2
P. 105

BUKU PENGURUSAN SK (FELDA) KERATONG 1  2021


                                BIDANG TUGAS UNIT UNIT HAL EHWAL MURID


               1) UNIT LEMBAGA DISIPLIN DAN BADAN PENGAWAS


                   1.  Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah berpandukan
                      pekeliling Kementerian dan Jabatan Pelajaran.
                   2.  Memastikan  semua  guru  adalah  guru  disiplin  dalam  usaha  menguatkuasakan

                      peraturan sekolah.
                   3.  Membantu  menyelesaikan  masalah-masalah  disiplin  yang  tidak  dapat  diselesaikan
                      oleh pengawas.

                   4.   Mengesan  dan  mengesahkan  kesalahan-kesalahan  serius  yang  boleh  membawa
                      kepada  hukuman  penggantungan  sementara  atau  hukuman  buang  sekolah

                      berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975. Ketua Guru Disiplin atas nasihat
                      Pengetua  boleh  memanggil  mesyuarat  tergempar  untuk  membincangkan  kes-kes
                      berat mengenai disiplin.

                   5.  Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menguruskan kawalan disiplin.
                   6.  Mewujudkan  sistem  rekod  disiplin  kelas  dan  sistem  pemantauan  yang  berkesan,
                      serta menyelaras rekod sistem penalti

                   7.  Berusaha menanam semangat cintakan sekolah serta mengamalkan Prinsip-Prinsip
                      Rukun Negara.
                   8.  Menerima  laporan  pengawas/guru  pengawas  dan  seterusnya  mengambil  tindakan

                      yang sewajarnya.
                   9.  Menanam semangat kekitaan supaya peraturan sekolah menjadi satu budaya.

                   10. Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua.
                   11. Menjalankan  rondaan  (dengan  bantuan  Guru  Bertugas  Harian)  untuk  mengesan
                      pelajar ponteng dan melanggar disiplin sekolah.

                   12. Merancang,  menyelia  dan  meyelaras  Program  Pencegahan  Jenayah  dan  Ponteng
                      Sifar

                   13. Menyediakan     dan   membekalkan      data   dan    maklumat     disiplin   kepada
                      Kementerian/Jabatan Pelajaran dan PPD.
                   14. Merancang  dan  melaksanakan  program  dalam  meningkatkan  kesedaran  dan

                      penghayatan disiplin murid.
                   15. Menjadi pegawai perhubungan antara ibu bapa/penjaga dalam menangani masalah
                      disiplin.

                   16. Memberi  perhatian  terhadap  peraturan-peraturan  sekolah  dan  memastikan  murid-
                      murid mematuhinya.
   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110