Page 62 - Prospektus Pengurusan SKKS 2021 V2
P. 62
14.2 Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaran dan verifikasi tahunan
mesti mengikut arahan Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa.
14.3 Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan Wang Kerajaan dan Wang
Suwa yang sedia ada.
15. BUKU TEKS, PUSAT SUMBER DAN BAHAN BACAAN
15.1 Buku Teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya.
15.2 Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun.
15.3 PSS hanya dibenarkan penggunaannya bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris bagi Program NILAM.
15.4 Program NILAM Pusat Sumber diselia sepenuhnya oleh guru-guru
bahasa.
15.5 Masuk ke PSS dengan tujuan pengajaran berfokus dibenarkan.
15.6 Penyemakan Buku NILAM perlu disemak dari semasa ke semasa oleh
guru bahasa .
15.7 Penyemakan Buku NILAM murid dilakukan 2 kali setahun oleh guru
bahasa secara rasminya.
15.8 Jadual penyemakan akan dikeluarkan oleh guru PSS.
15.9 Buku-buku rujukan percuma ( Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset
panitia.
16. PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
16.1 Semua Program Utama yang berlangsung dalam PdP dibuat
berdasarkan keperluan panitia.
16.2 Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan
akademik yang bertunjang ke arah kecemerlangan murid.
16.3 Jawatankuasa kecemerlangan akademik adalah nadi membantu
semua panitia dalam merancang dan melaksanakan program akademik.
16.4 Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk
program akademik panitia berkenaan.
16.5 Penglibatan semua Penolong Kanan dan Kaunselor adalah wajib bagi
penyelarasan Program Akademik.
17. PERKEMBANGAN STAF
17.1 Kursus Dalaman
17.1.1 Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat
ringkas, menyerahkan minit curai kepada Guru Besar dan Penolong
Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus.