Page 13 - emajalah updated
P. 13

UPACARA                                K  A  U  M     B  I  S  A  Y  A



        PERKAHWINAN





                                                     Perkawinan  tradisional  orang  Bisaya  secara
                                                     umum  berisi  5  upacara  adat,iaitu  nulasoh
                                                     (merisik)  ,basuruh  (menentukan  mas  kahwin),
                                                     ngadapit  mansaoh  atau  barian  (menghantar
                                                     suami),  bagu  atis(basuh  kaki),dan  nguli
                                                     angai(mendapat             alamat         baik).Rangkaian
                                                     upacara  adat  itu  harus  dilakukan  secara
                                                     beturutan.Jika  tidak,maka  dianggap  tidak  sah
                                                     kerana menyalahi adat(Kahti Galis,1990)
                                                    2.Waktu dan Tempat Pelaksanaan


                                                    Waktu       pelaksaan        perkahwinan          tradisional
                                                    Bisaya  tergantung  pada  kesepakatan  kedua
                                                    belah pihak pengantin iaitu biasanya tiga bulan
                                                    selepas        waktu         pelamaran.          Perkawinan
                                                    dilaksanakan  di  dua  tempat  iaitu  rumah
                                                    mempelai  perempuan  dan  mempelai  lelaki.
                                                    Upacara  yang  dilakukan  di  rumah  mempelai
                                                    perempuan            meliputi       nulasoh(merisik)            ,
                                                    besuruh(menentukan  mas  kawin),  dan  apit
                                                    mansoah  atau  barian(menghantar  suami).  Dua
                                                    upacara selanjutnya , iaitu bagu atis(basuh kaki),
                                                    dan  nguli  angai(mendapat  alamat  baik)digelar
                                                    di rumah mempelai lelaki.

                                                    3.Pemimpin dan Peserta Upacara


                                                    Upacara  perkawinan  adat  Bisaya  dipimpin  oleh
                                                    ketua  adat  dan  dihadiri  oleh  keluarga  ,kerabat,
                                                    dan  masyarakat  umum  yang  diundang.  Pada
                                                    zaman  sekarang,upacara  perkawinan  adat
                                                    Bisaya  dipimpin  oleh  petugas  khusus  dari
                                                    pemerintah.

                                                    4.Peralatan dan Bahan


                                                    -Pakaian tradisional Bisaya pengantin lelaki dan
                                                    perempuan
                                                    -Pedang untuk dibawa pengantin lelaki
                                                    -Wang
                                                    -Cincin emas
                                                    -Seekor kerbau
                                                    -Pinggan untuk tempat air sirih


                                                                                                         B  I  S  A  Y  A        |        1  1
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18