Page 5 - PEP E-MAJALAH 2
P. 5
A S A L U S U L
E T N I K
B I S A Y A Duke | 102
Bisaya adalah kaum pribumi yang
berasal dari barat laut dan sepanjang
pantai Borneo Malaysia dan tertumpu di
sekitar daerah Beaufort, Sungai Padas,
Sungai Kilas, Pulau Gaya di Sabah,
Wilayah Persekutuan Labuan dan
Sungai Limbang di timur Sarawak.
Bangsa Bisaya dikenali sebagai Melayu
atau Islam oleh suku kaum Lun
Bawang/Lun Dayeh ,Dusun dan
Murut.Bisaya dikatakan di antara yang
pertama menerima Islam pada awal
kurun ke-13. Ketua Bisaya yang pertama
adalah Awang Alak Betatar ataupun
Sultan Mohammad Shah.Peringkat awal
kemasukan kaum Bisaya ke dalam Islam
adalah melalui hubungan dagang dengan
pedagang dari tanah Arab. Jika dilihat
daripada segi kehidupan sosial, sedikit
sebanyak pengaruh Arab memainkan
peranan dalam urusan mereka sehari-
harian. Bangsa Bisaya memiliki minat
dalam bidang pertanian dan ia juga
merupakan sumber utama pendapatan
mereka. Suku kaum ini walaupun
dikatakan berkait dengan suku Bisaya di
Filipina namun suku kaum Bisaya ini
hanya terdapat di Borneo iaitu Sabah dan
Sarawak ,Malaysia sahaja.