Page 3 - Kursus Memperkasa Masyarakat Melalui Teknologi Digital
P. 3
MEMPERKASAKAN MASYARAKAT KAWASAN PINGGIR
DAN LUAR BANDAR MELALUI TEKNOLOGI DIGITAL
DALAM DUN KOTA PUTERA, PARLIMEN BESUT
PENDAHULUAN
Kepentingan teknologi digital semakin menjadi keutamaan kerana
peranannya yang telah mengubah hampir setiap aspek kehidupan serba
moden masa kini. Teknologi digital merevolusi dunia dan mengubah cara
kita berkomunikasi, menjalankan perniagaan, dan mengakses maklumat.
Semua rakyat Malaysia perlu diberi peluang untuk memajukan
keupayaan diri dalam pelbagai bidang melalui kemahiran digital. Melalui
kemahiran ini, masyarakat akan menguasai teknolgi digital untuk
meneroka seperti memperkukuh keupayaan ekonomi, pencarian
maklumat, mempermudah komunikasi dan memperluaskan kreativiti.
Malang sekali penggunaan teknologi digital di kalangan masyarakat
masih ditahap sederhana terutama masyarakat kawasan pinggir dan luar
bandar. Hal ini menyebabkan mereka semakin jauh ketinggalan jika
tiada usaha ditangani. Sehubungan itu, bagi memperkasakan
masyarakat luar bandar, suatu usaha latihan kemahiran teknologi digital
perlu dimulakan. Keupayaan mereka menguasai teknologi digital pasti
memberi banyak manfaat seperti memperkembangkan ekonomi digital
yang menjadi tulang belakang kepada landskap ekonomi moden.
NGO Nadi Marhaen sedia menyambut usaha untuk memperkenalkan
kemahiran digital melalui komuniti Masyarakat madani dalam Daerah
Besut. Ini selaras dengan saranan Kerajaan supaya mengadakan usaha
kerjasama untuk mencapai visi demi Malaysia yang terhubung secara
digital dan terus memberi manfaat kepada seluruh masyarakat dan
menjamin kedudukan negara dalam era digital.
Nadi Marhaen dengan rendah diri memohon suatu peruntukan dari
Kementerian Komunikasi dan Digital atas keperluan bagi melancarkan
usaha ini.
MOHAMAD HADIR BIN HASBULLAH
Pengerusi
Persatuan Nadi Marhaen Daerah Besut
2