Page 3 - Memperkasa Masyarakat Melalui Teknologi Digital
P. 3

KURSUS MEMPERKASAKAN  MASYARAKAT LUAR
               BANDAR MELALUI TEKNOLOGI DIGITAL KAWASAN
               PINGGIR DAN LUAR BANDAR MELALUI TEKNOLOGI
            DIGITAL DALAM DUN KOTA PUTERA, PARLIMEN BESUT






          PENDAHULUAN



          Kepentingan  teknologi  digital  semakin  menjadi  keutamaan  kerana
          peranannya yang telah mengubah hampir setiap aspek kehidupan serba
          moden masa kini. Teknologi digital merevolusi dunia dan mengubah cara
          kita berkomunikasi, menjalankan perniagaan, dan mengakses maklumat.

          Semua  rakyat  Malaysia  perlu  diberi  peluang  untuk  memajukan
          keupayaan diri dalam pelbagai bidang melalui kemahiran digital. Melalui
          kemahiran  ini,  masyarakat  akan  menguasai  teknolgi  digital  untuk
          meneroka  seperti  memperkukuh  keupayaan  ekonomi,  pencarian
          maklumat, mempermudah komunikasi dan memperluaskan kreativiti.

          Malang  sekali  penggunaan  teknologi  digital  di  kalangan  masyarakat
          masih ditahap sederhana terutama masyarakat kawasan pinggir dan luar
          bandar.  Hal  ini  menyebabkan  mereka  semakin  jauh  ketinggalan  jika
          tiada  usaha  ditangani.  Sehubungan  itu,  bagi  memperkasakan
          masyarakat luar bandar, suatu usaha latihan kemahiran teknologi digital
          perlu  dimulakan.  Keupayaan  mereka  menguasai  teknologi  digital  pasti
          memberi  banyak  manfaat  seperti  memperkembangkan  ekonomi  digital
          yang menjadi tulang belakang kepada landskap ekonomi moden.

          NGO  Nadi  Marhaen  sedia  menyambut  usaha  untuk  memperkenalkan
          kemahiran  digital  melalui  komuniti  Masyarakat  madani  dalam  Daerah
          Besut. Ini selaras dengan saranan Kerajaan supaya mengadakan  usaha
          kerjasama  untuk  mencapai  visi  demi  Malaysia  yang  terhubung  secara
          digital  dan  terus  memberi  manfaat  kepada  seluruh  masyarakat  dan
          menjamin kedudukan negara dalam era digital.

          Nadi  Marhaen  dengan  rendah  diri  memohon  suatu  peruntukan  dari
          Kementerian Komunikasi dan Digital  atas keperluan bagi melancarkan
          usaha ini.









          MOHAMAD HADIR BIN HASBULLAH
          Pengerusi
          Persatuan Nadi Marhaen Daerah Besut
                                                                                                   2
   1   2   3   4   5   6   7   8