Page 33 - BUKU BIJAK PENJODOH BILANGAN (FULL)_Neat
P. 33
2. Tompok
❑ Penjodoh bilangan tompok merujuk kepada kesan
cecair berbintik besar.
❑ Contoh kata yang menggunakan penjodoh
bilangan tompok seperti berikut:
▪ Cat
▪ Dakwat
▪ Darah
▪ Minyak
❑ Contoh ayat:
▪ Ali terpaksa menyental bajunya dengan berus
kerana terdapat dua tompok cat melekat di
bajunya .
▪ Kakak mengelap lantai yang terdapat
beberapa tompok kuah kari yang ditumpahkan
oleh adik.