Page 26 - BUKU DIGITAL BIJAK PENJODOH BILANGAN
P. 26
N
n
1. Naskhah
❑ Penjodoh bilangan naskhah merujuk kepada bahan
bacaan.
❑ Contoh kata yang menggunakan penjodoh
bilangan naskhah seperti berikut:
▪ Buku
▪ Majalah
▪ Surat khabar
▪ Risalah
❑ Contoh ayat:
▪ Jamil perlu membayar ganti rugi kerana
menghilangkan dua naskhah buku cerita yang
dipinjamnya di perpustakaan sekolah.
▪ Encik Azizi akan membeli empat naskhah surat
khabar dari syarikat penulisan yang berbeza
setiap hari.