Page 8 - MENGHURAIKAN CABARAN-CABARAN DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT MALAYSIA TENTANG JENAYAH SIBER
P. 8
LANGKAH –LANGKAH MENGATASI JENAYAH SIBER
MENGADAKAN KEMPEN KESEDARAN DAN IKLAN
Kempen melalui iklan atau media cetak mahupun digital perlu
diperluaskan dan mencapai seluruh ahli masyarakat terutamanya
bagi masyarakat yang mempunyai pengetahuan cetek akan
penggunaan teknologi pada hari ini. Pelbagai taktik yang licik
digunakan oleh penjenayah untuk memperdaya mangsa oleh itu
pengasimilasi dalam iklan dan kempen yang dijalankan adalah
perlu agar masyarakat memahami dan mengambil serius akan
langkah keselamatan apabila menggunakan aplikasi-aplikasi di
telefon pintar masing-masing. Masyarakat juga perlu bersikap
inteligensia dan madani dalam menggunakan aplikasi teknologi hari
ini dan peka akan taktik-taktik baharu yang digunakan penjenayah
siber.