Page 4 - E-FOLIO NILAI MASYRAKAT KUMPULAN 3_Spread
P. 4

Pembinaan Budaya Ilmu



            •    Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan serta
                 kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatan minda ke arah daya fikir tinggi (high

                 order thinking) dan daya kreatif di kalangan indidvidu dan bangsa. Semua agama dan sistem sosial

                 manusia mahukan ahlinya menguasai ilmu pengetahuan sama ada untuk kebahagiaan duniawi dan

                 ukhrawi.

            •    Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud, menjelaskan "Budaya Ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan di

                 mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan
                 kegiatan-kegiatan keilmuan di setiap kesempatan: dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik

                 di tahap individu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu

                 pengetahuan." Mengikut beliau lagi, budaya ilmu ialah satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan
                 asas kepada ilmu pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga,

                 masyarakat, bangsa dan negara.

            •    Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh saingan,

                 pendidikan adalah bersifat futuristik, maka kita hendaklah mampu menyediakan generasi muda kita

                 untuk menghadapi keungkinan-kemungkinan berupa masyarakat industeri, ekonomi yang global,
                 kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan

                 urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Kita perlu lahirkan generasi berilmu untuk berfikir,

                 bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi

                 yang terkin, serta berupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa kini.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9