Page 16 - BREAKOUT TRADING METHOD SESI 2022
P. 16
KINABALU ▪️ BURSA ▪️ TRADERS ▪️ GROUP
Breakout trading ni ialah method trading yang paling simple.
Walaupun ada banyak types@variasi teknik breakout, namun trading rules tetap
sama iaitu Genuine Breakout harus disertai dengan volume yang tinggi.
Bila anda sudah belajar methodologi Breakout Trading, semakin mudah untuk
anda trade teknik Breakout yang lain kerana rulesnya tetap sama.
Teknik breakout 52-minggu tertinggi ialah teknik yang paling popular
digunakan oleh pedagang di pasaran saham, komoditi, forex, crypto.
Ada banyak faktor (interest) yang menyebabkan harga saham bergerak
menghampiri/ menembusi paras harga 52-minggu tertinggi (setahun).
'Repetition' adalah kunci kepada 'mastery'. Kalau anda nak jadi mahir, anda
kena buat proses yang sama berulang kali. Jadi, jangan mudah berputus asa.
Semua 'expert' bermula sebagai 'beginner'. Jika anda ingin mahir teknik
breakout 52-minggu, fokus dan repeat proses kajian yang sama sehingga ia
menjadi “rutin-harian”, kerana hasilnya nanti anda akan lebih cekap dan mahir
memilih kaunter saham yang berpotensi sebelum breakout.
Permulaan FASA UPTREND atau trend aliran menaik yang besar
bermula dengan BREAKOUT & PRICE MAKING NEW HIGHER HIGHS.
SEMUA INFORMASI DAN CONTOH HIPOTETIKAL TEKNIKAL DALAM NOTA INI HANYA BERTUJUAN UNTUK BAHAN ILUSTRASI PEMBELAJARAN DAN RUJUKAN PADA MASA AKAN DATANG DAN BUKANNYA SARANAN PEMBELIAN.
15 | P a g e