Page 102 - Annual Report UKM 2019
P. 102
100
PERKONGSIAN PINTAR DAN KETERLIBATAN STRATEGIK INDUSTRI
Sebagai jambatan utama universiti dengan pihak industri, Pejabat Hubungan Industri (PHI) berperanan membina dan meluaskan jaringan industri yang berkualiti dengan syarikat tersohor bagi mempromosikan kepakaran UKM. PHI menjadi platform dalam rancangan pertukaran untuk berkongsi pendapat serta membina rangkaian antarabangsa. Usaha ini dapat diperkasakan apabila UKM menjadi ahli Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) dan Bangi Industry Administrative Association (BIAA).
Penglibatan aktif UKM dalam program anjuran BIAA sejak akhir 2014 telah dihargai dan dipandang tinggi oleh ahli- ahli BIAA. UKM telah dipilih sebagai Naib Pengerusi.
Selain menghadiri mesyuarat ahli dan jawatankuasa BIAA, UKM juga mengambil inisiatif berkongsi kepakaran dengan ahli-ahli BIAA melalui penganjuran taklimat “Electronic Waste” (e-Waste), ceramah “Energy Saving Tips for Workplace”, serta seminar “Compliance to Occupational Safety and Health (OSHA) 1994 Regulations” di bawah inisiatif “Bangi Industry for Collaboration” (Bangi IFC).
LAPORAN TAHUNAN 2018