Page 104 - Annual Report UKM 2019
P. 104
102
PERKONGSIAN PINTAR DAN KETERLIBATAN STRATEGIK Kembara UKM-Pondok Bantan
Maahad Misbahuddin (Prateepsasana Islamic School) yang lebih dikenali sebagai Pondok Bantan di Nakhon Si Thammarat didirikan oleh Tuan Guru Haji Yaakob Pitsuwan @ Haji Yaakob Muda pada 80 tahun yang lalu. Ikon pembangunan dan transformasi pondok ini ialah Tan Sri Dr. Surin Pitsuwan. Beliau bertanggungjawab menghubungkan Pondok Bantan dengan UKM.
Program Kembara UKM-Pondok Bantan digerakkan pada Mac 2018 bertujuan untuk meneroka bidang kerjasama antara kedua-dua pihak serta mengenali masyarakat Melayu Muslim Nakhon secara lebih dekat. Program ini merupakan kerjasama strategik di antara UKM dengan Pondok Bantan yang julung-julung kalinya melibatkan delegasi seramai lebih 100 orang terdiri daripada kakitangan, ahli akademik dan pelajar UKM.
Antara pengisian program termasuklah kegiatan pengajaran dan pembelajaran agama serta penyelidikan bahasa Melayu. Ekoran daripada itu, UKM telah menghantar pelajar bagi mengajar bahasa Melayu di Pondok Bantan sebagai sebahagian daripada latihan industri selama dua bulan. Bagi mengeratkan hubungan kerjasama ini, sambutan ulang tahun ke-80 bagi Pondok Bantan pada tahun 2019 akan dianjurkan secara bersama.
Bil.
Organisasi
1.
Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UKM
2.
Pondok Bantan, Nakhon Si Thammarat, Thailand
3.
Komuniti Kampung Kedahan, Nakhon Si Thammarat, Thailand
4.
Pejabat Canselori UKM
5.
Kementerian Luar Negeri Malaysia
6.
Unit Kenderaan, Jabatan Pendaftar UKM
7.
Jabatan Bendahari UKM
8.
Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni (PPMPA) UKM
9.
Kolej-kolej Kediaman UKM
10.
Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar UKM
11
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) UKM
12.
Fakulti Pengajian Islam (FPI) UKM
13.
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) UKM
14.
Fakulti Pendidikan (FPEND) UKM
15.
Fakulti Perubatan (FPER) UKM
LAPORAN TAHUNAN 2018