Page 155 - Annual Report UKM 2019
P. 155
PEMBANGUNAN TEKNOLOGI SECARA MAYA
Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0) adalah penemuan pelbagai teknologi baharu yang antara lain menggunakan automasi, analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotic, cloud, Internet of Things (IoT), dan perkara yang seumpamanya. Ini merupakan cabaran baharu kepada UKM dalam melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital. Oleh itu, UKM telah mengorak langkah dalam usaha untuk melaksanakan penambahbaikan bagi peningkatan kualiti perkhidmatan melalui penggunaan sistem maya. Antara pencapaian UKM dari aspek ini ialah:
MyUKM
Aplikasi mobil yang berfungsi sebagai medium penyampaian maklumat terkini berkaitan aktiviti universiti bagi kemudahan staf, pelajar dan pelawat UKM. Aplikasi ini mengandungi pengumuman, berita warga kerja dan pelajar, berita UKM, kalendar aktiviti UKM dan kalendar ujian lisan tesis.
Fungsi lain yang disediakan adalah carian direktori staf, UKM Maps, pautan ke media sosial UKM, semakan maklumat peribadi, cuti, latihan dan kehadiran kedatangan (Smart Attendance) yang merekodkan aktiviti seperti mesyuarat, kursus, bengkel, lawatan dan sebagainya menggunakan teknologi kod QR.
153
“ Dengan adanya kemudahan ini
pengurusan kehadiran dapat dilakukan dengan cepat, mudah dan ringkas.
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
“