Page 156 - Annual Report UKM 2019
P. 156

 154
PRASARANA DAN PERSEKITARAN ILMU YANG KONDUSIF
        GayaSiswa UKM
GayaSiswa UKM merupakan aplikasi telefon pintar yang dihasilkan khusus untuk pelajar UKM. Ia telah digunakan mulai 31 Ogos 2018.
eDaftar
Penggunaan eDaftar telah mengubah kaedah pendaftaran pelajar baharu daripada cara konvensional di mana sebahagian besar urusan perlu dilakukan pada hari pendaftaran kepada cara baharu yang lebih cepat dan mudah.
Melalui eDaftar, segala urusan seperti bayaran yuran, muat naik dokumen, pengesahan maklumat dan pendaftaran dapat dilakukan secara atas talian dan diselesaikan sebelum pelajar hadir diri di UKM.
Penggunaan aplikasi ini telah berjaya memendekkan proses pada hari pendaftaran kepada 10 saat bagi setiap pelajar. Pada hari pendaftaran pelajar hanya perlu melaporkan diri di fakulti untuk mengambil kad matrik sahaja.
Aplikasi ini menggunakan medium Bahasa Melayu dan boleh digunakan pada platform Android dan iOS.
Fungsi yang disediakan meliputi:
1) Profil Pelajar – Maklumat asas pelajar serta maklumat kolej kediaman
2) Akademik – Maklumat kursus berdaftar dan jadual kuliah
3) Berita Pelajar – Berita sumber daripada Portal e-Pelajar
4) Peta UKM – Peta interaktif kampus UKM
5) MPP – semakan tempat pemilihan MPP, melihat
senarai calon umum dan calon fakulti.
6) Panduan – pelbagai panduan penting untuk pelajar
Impak aplikasi ini, pelajar dapat mencapai pelbagai maklumat penting berkaitan keperluan pengajiannya dengan lebih mudah dan pantas hanya dengan menggunakan satu aplikasi sahaja.
  LAPORAN TAHUNAN 2018
















































































   154   155   156   157   158