Page 6 - Annual Report UKM 2019
P. 6
004
IMBASAN SEJARAH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Sejak 46 tahun penubuhannya, UKM telah menghasilkan 182,375 graduan prasiswazah dan siswazah. Universiti ini terus berkembang pesat sebagai sebuah universiti awam terkehadapan yang kini mempunyai tiga belas (13) fakulti dan tiga belas (13) institut kecemerlangan penyelidikan. UKM juga mempunyai entiti yang beroperasi secara komersil, iaitu UKM Holdings Sdn. Bhd. sebagai satu pendekatan dalam mengkomersilkan dan memasyarakatkan kepakaran yang dimiliki di samping menjana kewangan Universiti.
Kampus induk UKM di Bangi yang memulakan operasinya pada 1977 mempunyai keluasan 1,096.29 hektar. Kampus Induk Bangi menempatkan sembilan (9) fakulti, dan sebelas (11) institut penyelidikan. UKM juga mempunyai sebuah kampus di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur dengan keluasan 20 hektar yang menempatkan Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Farmasi dan Institut Telinga, Pendengaran dan Pertuturan (Institute- HEARS). Manakala Pusat Perubatan UKM (PPUKM) yang mempunyai keluasan 22.3 hektar di Cheras, Kuala Lumpur menempatkan Fakulti Perubatan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan Institut Perubatan Molekul (UMBI).
LAPORAN TAHUNAN 2018