Page 7 - Annual Report UKM 2019
P. 7
“Kumpulan pertama pelajar prasiswazah seramai 192 orang dan dua (2) orang pascasiswazah mula mendaftar di tiga buah fakulti iaitu Fakulti Sains, Fakulti Sastera dan Fakulti Pengajian Islam.
Hospital Pakar Kanak-kanak UKM
005
Berasaskan kecemerlangan dalam bidang penyelidikan lebih empat dekad, UKM dipilih sebagai salah sebuah universiti penyelidikan di Malaysia pada 2006. Bagi memastikan penyelidikan yang dilaksanakan memberi makna kepada pembangunan negara dan masyarakat, UKM telah mengambil tindakan mewujudkan strategi bagi menjuarai Cabaran Perdana Malaysias/Global. Di antara tindakan yang diambil adalah mengenalpasti dan menggerakkan penyelidikan yang dapat membantu menyelesaikan tujuh (7) bidang tujahan penyelidikan cabaran perdana iaitu Akal Budi Melayu; Islam Kontemporari; Integrasi ASEAN; Pemerkasaaan B40; Pengukuhan STEM; Malaysia Lestari; dan Malaysia Sihat Sejahtera. Proses pemantapan bidang penyelidikan juga disusuli dengan pengwujudan kumpulan penyelidikan yang tertumpu di bawah dua belas (12) nic penyelidikan.
UKM juga adalah penerima Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2006, memperoleh status Swa-Akreditasi pada 2010 dan diberikan status Universiti Autonomi pada Januari 2012. Penganugerahan ini adalah pengiktirafan bagi kecemerlangan UKM dalam bidang akademik dan tadbir urus. UKM juga melestarikan kecemerlangannya melalui Pelan Strategik UKM 2000-2020 (PS2020).
Kini, UKM memberi tumpuan terhadap enam (6) Bidang Keberhasilan Utama yang dijangka terus melonjakkannya lebihtinggi.TumpuantersebutadalahGraduanBeraspirasi Kebangsaan, Berkompeten, Berdaya Saing dan Inovatif; Penyelidikan dan Inovasi yang Berimpak Tinggi;
Perkongsian Pintar dan Keterlibatan Strategik; Sumber Manusia dan Institusi Cemerlang; Penjananaan Kekayaan Secara Optimun dan Strategik; dan Prasarana dan Persekitaran Ilmu yang Kondusif.
Bagi memastikan roh perjuangan para pelopor UKM terus subur dan segar, kesedaran terhadap sejarah penubuhan dibugar secara berterusan. Menginsafi bahawa UKM adalah institusi harapan masyarakat, seluruh warga universiti sama ada warga kerja mahupun pelajar diimbau supaya menyelami dan memahami keperluan rakyat menerusi persoalan yang berlegar dalam kehidupan bernegara selaras dengan peranan UKM sebagai Pendaulat Amanah Negara. Namun ini tidak menghadkan jangkauan universiti terhadap segenap perkembangan malah pergolakan yang berlaku di peringkat antarabangsa. Universiti yang memiliki pelbagai kepakaran merentas disiplin diyakini berupaya melangkaui garis psikologikal yang membolehkannya beraksi tangkas dalam arena global serta sama-sama memberi penyelesaian permasalahan yang menghambat kehidupan sejagat.
UKM terus mengorak langkah menempa sejarah menubuhkan Hospital Pakar Kanak-kanak yang terletak bersebelahan dengan HCTM bermula pembinaan pada tahun 2017. Kini, projek sudah hampir siap dan dijangka beroperasi pada pertengahan 2019. UKM merupakan satu- satunya universiti yang mempunyai dua (2) Hospital Pengajar. (masukkan gambar HPKK)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
“