Page 93 - Annual Report UKM 2019
P. 93

 PENYELIDIKAN BERIMPAK TINGGI
Penyelidikan dan inovasi menyokong bidang Keberhasilan Utama Universiti (KRA 2). Kepakaran dan hasil penyelidikan UKM menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi dan sosial melalui ekosistem yang dapat memupuk penemuan intelek, inovasi, penyebaran dan penggunaan ilmu. UKM memupuk, menghasil, menarik dan mengekalkan individu dan pasukan sarjana yang tersohor, memacu penyelidikan dan menawarkan penyelesaian berimpak tinggi untuk negara, industri dan masyarakat.
UKM menjana ilmu baru dan menawarkan penyelesaian unik dan berdaya saing serta menjadi rujukan dalam kalangan ilmuwan, industri, komuniti dan pihak berkepentingan yang lain. UKM menghasilkan penyelidik yang mempunyai kepakaran dan beretika yang menyumbang kepada proses pengembangan, pengaplikasian ilmu dan inovasi bernilai tinggi.
IMPAK HASIL PENYELIDIKAN TERPILIH 2018
PENYELIDIKAN ARKEOLOGI MARITIM DI PULAU BIDONG, TERENGGANU 2017-2018
Penemuan sebuah kapal karam yang terletak lebih kurang 2 batu nautika dari perairan Pulau Bidong dan 30 batu nautika dari Kuala Terengganu telah memangkin kepada tercetusnya kajian arkeologi maritim di Malaysia. Kajian ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Asyaari Muhamad, Felo Penyelidik Kanan dari ATMA, UKM dengan kerjasama pasukan penyelidik dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), UZMA dan Jabatan Warisan Negara (JWN). Ia dilakukan dengan kerja-kerja survei saintifik yang melibatkan peralatan saintifik seperti ROV, Multi-Beam Sonar, dan Sub-Bottom Profiler. Seterusnya kajian berbentuk salvaj dan disusuli dengan ekskavasi di kawasan terbabit. Peruntukan dana kewangan dari dua sumber iaitu dari UMT serta sebuah syarikat swasta iaitu UZMA lebih kurang RM400,000.00 telah diperuntukan untuk kajian awalan ini. Sehingga kini, kajian masih peringkat awalan dan kerja-kerja salvaj serta ekskavasi arkeologi bawah air belum dilaksanakan lagi atas faktor kewangan.
Kajian ini dilakukan untuk melihat asal usul kapal karam,
Kajian survei arkeologi bawah air sedang dilakukan.
jenis, saiz dan bentuk kapal karam tersebut, artifak yang terdapat di dalam kapal itu demi menambah dan melengkapkan data berkaitan sejarah perdagangan awal sekitar abad 15 – 19 Masihi di Alam Melayu. Kajian ini juga dijangka dapat mencungkil banyak maklumat berhubung dengan Sejarah pelayaran kapal, teknologi pembuatan kapal itu serta barangan kargo yang dibawa oleh kapal karam tersebut. Kaedah yang digunakan untuk menyelidik sejarah dan usia kapal ialah melalui pentarikhan relatif berdasarkan kepada penemuan artifak yang dibawa oleh kapal tersebut. Antara penemuan artifak yang ditemui di sekitar kapal karam itu ialah seramik sekitar abad ke 16 – 17 masihi yang berasal dari negara Thailand yang dikenali sebagai Sawankhalok. Selain itu, ditemui juga pelbagai jenis dan bentuk artifak yang lain seperti patung berbentuk manusia, haiwan, bahan yang diperbuat daripada logam seperti paku kapal serta kayu yang digunakan untuk membuat kapal tersebut. Secara kasarnya saiz kapal tersebut sebesar 25 meter pajang dan 10 meter lebar. Penemuan kapal karam yang dinamakan sebagai ‘The Bidong Shipwreck’ ini, telah membuka beberapa lembaran baru terhadap sejarah penyelidikan kapal karam di Malaysia. Antaranya menambah maklumat berkaitan dengan jumlah kapal karam di perairan Laut China Selatan, punca kapal itu karam, teknologi pembuatan kapal dan destinasi awal dan hala tuju kapal tersebut. Kajian ini mengandaikan kapal karam itu kemungkinan berasal dari kawasan tengah Thailand sama ada dari Sukhothai, Chonburi atau daerah lain di Thailand berdasarkan artifak yang ditemui. Ia karam kemungkinan akibat faktor cuaca atau mengalami kerosakan.
SRI GUMUM CYBER CUBE DI PUSAT PENYELIDIKAN TASIK CHINI (PPTC)
091
    UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA























































































   91   92   93   94   95