Page 95 - Annual Report UKM 2019
P. 95
Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diketuai oleh Pensyarah Kanan dan Pakar Ortopedik & Arthroskopi, Dato’ Dr. Badrul Akmal Hisham Md Yusoff telah berjaya mempelopori rawatan arthritis lutut menggunakan sel stem mesenkima yang diperoleh daripada tali pusat. Kajian sejak 2016 itu membabitkan rawan sendi terbentuk semula sepenuhnya selepas setahun. Tali pusat yang digunakan untuk rawatan tersebut adalah tali pusat yang didermakan oleh pesakit yang telah melalui saringan dan ujian darah yang tertentu bagi memastikan tisu yang diperoleh mengikut piawaian yang ditetapkan dan disahkan selamat. Sel stem itu akan dikulturkan dan dibiakkan di dalam makmal yang disertifikasi oleh Agensi Pengawalan Famaseutikal Kebangsaan. Sel-sel tersebut kemudiannya dimasukkan ke dalam sendi lutut pesakit menggunakan kaedah intra-articular injection. Semua pesakit dalam kajian tersebut telah menunjukkan peningkatan positif yang signifikan seawal bulan ketiga dan tidak menunjukkan tanda-tanda kesan sampingan.
Pasukan penyelidik bersama Cytopeutics Sdn Bhd menyaring pesakit terlebih dahulu, menjalankan pemeriksaan dan uji kaji serta pengimejan sebelum pembedahan artoskopi lutut dilakukan. Sel stem akan
dimasukkan ke dalam sendi lutut dan pesakit menjalani rawatan susulan selama 12 bulan. Keseluruhan proses ini disahkan patuh syariah oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sebagai penyelidikan translasi klinikal pertama yang menggunakan sel stem alogenik ke atas pesakit ortopedik di HCTM, ia telah mengorak langkah untuk lebih banyak lagi kajian klinikal seumpamanya dijalankan memandangkan aspek kesesuaian, keselamatan serta tanpa kesan mudarat.
093
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA