Page 96 - Annual Report UKM 2019
P. 96

 094
PENYELIDIKAN DAN INOVASI BERIMPAK TINGGI
PENYELIDIK UKM TEMUI RANGKA MANUSIA   adalah remaja perempuan yang berumur 25 hingga 30
    PRASEJARAH
Rangka manusia prasejarah yang hampir lengkap yang dianggarkan berusia 6,000 hingga 8,000 tahun lalu telah ditemui oleh sekumpulan penyelidik dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Zuliskandar Ramli bersama penyelidik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Jabatan Warisan Negara (JWN) di Gua Chawan, Lembah Nenggiri, Ulu Kelantan. Penemuan rangka manusia itu adalah penemuan penting bagi arkeologi negara kerana dapat memberi fakta baharu terhadap amalan pengkebumian dan budaya kehidupan zaman prasejarah di Malaysia. Data yang paling awal kita dapat pentarikhan di Gua Kecil dan Gua Kubang Kelawar di Bukit Batu Tambah menunjukkan bahawa masyarakat yang terawal tinggal di kawasan itu adalah 13,000 tahun lalu iaitu pada zaman Hoabinh, Mesolitik, Neolitik dan zaman logam hinggalah ke masyarakat orang asli sekarang yang ada di situ iaitu suku kaum Temiar. Kajian ini tidak tertumpu di kawasan Gua Chawan sahaja tetapi merangkumi 12 gua dalam radiun 20 kilometer persegi.
Menerusi hasil penyelidikan, dipercayai bahawa rangka ini
APLIKASI TELEFON PINTAR DIETSCORE MEMBANTU ATLET MENINGKATKAN AMALAN PEMAKANAN
Fakulti Sains Kesihatan (FSK) berjaya menghasilkan aplikasi telefon pintar Dietscore yang dapat membantu atlet dalam meningkatkan amalan pemakanan. Aplikasi yang dihasilkan oleh kumpulan penyelidikan diketuai Prof. Madya Dr. Nik Shanita Safii mampu memantau keperluan pemakanan atlet dengan lebih mudah seperti yang disarankan oleh Institut Sukan Negara (ISN). Kejayaan tersebut telah membuka peluang kepada UKM untuk menerima geran penyelidikan daripada ISN berjumlah RM90,000.00 bagi tujuan mengembangkan teknologi untuk membantu atlet dan pakar diet ISN.
Penyelidikan tersebut dimulakan pada 2016 dengan pembangunan prototaip Dietscore 1.0.
tahun berdasarkan tulang pelvis rangka tersebut. Ia dikebumikan dengan bahagian kaki kepala dilapikkan dengan batu kapur. Rangka manusia itu ditanam dalam keadaan sedikit melipat dengan bahagian muka menghala ke arah utara, manakala bahagian lutut menghala ke bahagian selatan dan posisi rangka tersebut menghadap ke bahagian kanan. Tangan kanan memegang makanan berupa siput serta alat repeh. Sampel gigi dan cengkerang siput akan dihantar ke Beta Lab, Florida, Amerika Syarikat untuk memperoleh pentarikhan kronometrik. Terdapat juga batu pengisar-memukul (grandstone-pounder) yang diletakkan di bahagian kaki sebagai alat iringan simati.
Antara artifak lain yang ditemui bersama rangka tersebut ialah alat litik, sisa makanan berupa tulang binatang, cengkerang siput, brutia costula dan serpihan tembikar. Alat litik yang ditemui termasuklah alat pengetuk (hammerstone), alat batu pengisar (grindstone), batu pelandas (anvil), alat batu unifas, alat batu bifas, batu pahat mata lembing dan repeh.
      LAPORAN TAHUNAN 2018























































































   94   95   96   97   98