Page 2 - E-Book Dasar Work From Home
P. 2
PENGENALAN
Akademi PKNS SDN. BHD. Merupakan anak syarikat kepada Perbadanan Kemajuan Negeri
Selangor (PKNS). Telah mula beroperasi sejak April, 2020 bertujuan bagi menyediakan
Kursus Latihan yang berkualiti, Konsultansi Pembangunan Organisasi dan program
Pendidikan kepada anggota PKNS, Kumpulan PKNS dan juga kepada agensi-agensi awam
tempatan.
Akademi PKNS percaya bahawa setiap inisiatif dalam membantu organisasi untuk
Pembangunan Modal insan, Penambahbaikan Proses Kerja & Peningkatan Bisnes yang
berterusan dapat melonjakkan Visi organisasi ke arah global berteraskan etika dan moral
yang tinggi. Bagi menyesuaikan program dan servis projek konsultansi, Akademi PKNS telah
menggabungkan aspek teknologi moden yang lebih berpaksikan kepada Revolusi Industri
4.0
Akademi PKNS, selaku pusat Kecemerlangan Kepimpinan PKNS berperanan penting dalam
memastikan matlamat jangka pendek & panjang Kumpulan PKNS diintegrasikan dengan
dasar-dasar & halatuju di peringkat negeri & nasional. Ruang lingkup perkhidmatan Akademi
PKNS turut meliputi organisasi luar termasuklah Pejabat Setiausaha Kerajaan Kerajaan
Negeri, Perbandanan Ekonomi Negeri, Agensi-agensi Kerajaan Negeri & Persekutuan, Anak-
anak syarikat PKNS, organisasi Swasta & Usahawan.
AKADEMI PKNS SDN BHD 2