Page 10 - Buletin HTHN IKM TSYA 01/2020
P. 10

Bagi mamastikan kelestarian peluang pekerjaan yang               PROGRAM LAWATAN KE
         mampan  di  industri  terutamanya  bagi  pelajar  IKM
         TSYA, IKM TSYA melalui inisiatif yang diambil menga-             HICOM TECK SEE, SHAH ALAM
         dakan satu lawatan kerja ke HICOM TECK SEE pada 12               SELANGOR
         Februari 2020 yang bertujuan untuk membincangkan
         program  Latihan  industri  berstruktur  bagi  pelajar
         Program Sijil  Teknologi Baikpulih Badan Kenderaaan
         dan  Sijil  Teknologi  Kimpalan.    Lawatan  kerja  ke
         HICOM  TECK  SEE  ini  disertai  oleh  Pegawai
         Perhubungan Industri, Ketua Program Sijil  Teknologi
         Baikpulih Badan Kenderaaan dan Ketua Program Sijil
         Teknologi   Kimpalan
         IKM TSYA.








                                                               HICOM  TECK  SEE  adalah  sebuah  syarikat    dibawah
                                                               nama DRB-HICOM.  HICOM  TECK  SEE  menghasilkan
                                                               produk berasaskan    automotif dan bukan automotif.
                                                               Dengan  pengalaman  luas  bertahun  dalam  industri,
                                                               HICOM  TECK  SEE  telah  melahirkan              kepakaran
                                                               dalam proses pengeluaran sekunder yang merangku-
                                                               mi pembentukan valum, gabus poliuretana, kimpalan
                                                               plastik  ultrasonik,  pemasangan  komponen,  lukisan
                                                               dan  penyaduran  krom.  HOCIM  TECK  SEE  telah
                                                               menerima plebagai       anugerah          berprestij  dari
                                                               awal  penubuhannya,  dan    pada  tahun  2018  telah
                                                               menerima                      pengiktirafan  IATF16949  yang
                                                               menggantikan  ISO/TS16949  untuk  Quality  Manage-
                                                               ment System bagi industri automotif.




   LAWATAN KOLABORASI                                   IKM  TSYA  telah  menerima  lawatan  dari  pihak  Pantai  Baharu

   PANTAI BHARU PROFESIONAL                          Profesional  Centre,  Klang  Selangor  pada  27  Februari  2020.  Lawatan
   CENTRE, KLANG KE IKM TSYA                      yang  bertujuan  untuk  membincangkan  potensi  pengambilan  pelajar
                                                  latihan  industri  untuk  terus  bekerja  di  syarikat  tersebut  serta
                                                               perbincangan  Program  IBC  dan  Latihan  Industri
                                                               Berstruktur  bagi  pelajar  Program  Diploma  Teknologi
                                                               Automotif Komersial IKM TSYA.
























                                                           10
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15