Page 10 - Buletin IKM TSYA Edisi 1/2020
P. 10
Bagi mamastikan kelestarian peluang pekerjaan yang PROGRAM LAWATAN KE
mampan di industri terutamanya bagi pelajar IKM
TSYA, IKM TSYA melalui inisiatif yang diambil menga- HICOM TECK SEE, SHAH ALAM
dakan satu lawatan kerja ke HICOM TECK SEE pada 12 SELANGOR
Februari 2020 yang bertujuan untuk membincangkan
program Latihan industri berstruktur bagi pelajar
Program Sijil Teknologi Baikpulih Badan Kenderaaan
dan Sijil Teknologi Kimpalan. Lawatan kerja ke
HICOM TECK SEE ini disertai oleh Pegawai
Perhubungan Industri, Ketua Program Sijil Teknologi
Baikpulih Badan Kenderaaan dan Ketua Program Sijil
Teknologi Kimpalan
IKM TSYA.
HICOM TECK SEE adalah sebuah syarikat dibawah
nama DRB-HICOM. HICOM TECK SEE menghasilkan
produk berasaskan automotif dan bukan automotif.
Dengan pengalaman luas bertahun dalam industri,
HICOM TECK SEE telah melahirkan kepakaran
dalam proses pengeluaran sekunder yang merangku-
mi pembentukan valum, gabus poliuretana, kimpalan
plastik ultrasonik, pemasangan komponen, lukisan
dan penyaduran krom. HOCIM TECK SEE telah
menerima plebagai anugerah berprestij dari
awal penubuhannya, dan pada tahun 2018 telah
menerima pengiktirafan IATF16949 yang
menggantikan ISO/TS16949 untuk Quality Manage-
ment System bagi industri automotif.
LAWATAN KOLABORASI IKM TSYA telah menerima lawatan dari pihak Pantai Baharu
PANTAI BHARU PROFESIONAL Profesional Centre, Klang Selangor pada 27 Februari 2020. Lawatan
CENTRE, KLANG KE IKM TSYA yang bertujuan untuk membincangkan potensi pengambilan pelajar
latihan industri untuk terus bekerja di syarikat tersebut serta
perbincangan Program IBC dan Latihan Industri
Berstruktur bagi pelajar Program Diploma Teknologi
Automotif Komersial IKM TSYA.
10