Page 4 - KEDAH 2035 VER 2.2
P. 4

PRAKATA




                   KEDAH2035 adalah sebuah pelan pembangunan negeri yang memberi hala tuju baharu dalam membangunkan
                   negeri Kedah. Ia adalah satu wawasan dan sebuah falsafah pemikiran serta pendekatan baharu dalam memandu
                   perancangan dan pelaksanaan agenda pembangunan negeri ke era baharu.


                   Setelah menyelami dan memperhalusi dengan penuh teliti pelbagai sudut, peringkat dan kelompok di dalam
                   pentadbiran Kerajaan Negeri, telah dirangkumkan nilai dan prinsip yang dipegang di segenap aspek pentadbiran
                   dalam satu falsafah KEDAH2035.


                   Perancangan KEDAH2035 didasari dengan asas yang kukuh dengan penerapan prinsip ‘right from the beginning’.
                   Perancangan dan pelaksanaan strategi dan inisiatif KEDAH2035 adalah berdasarkan pertimbangan fakta dan
                   angka. Dengan sandaran ini, KEDAH2035 menjadi satu pelan yang tulen dan asli serta bebas daripada sebarang
                   unsur kronisme, kepentingan diri dan pengaruh politik yang sempit.


                   Falsafah ini adalah penting untuk memastikan bahawa KEDAH2035 ini relevan melangkaui persempadanan politik
                   dan bersifat neutral dan inklusif kepada semua pihak tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit.


                   Negeri Kedah telah dibangunkan dengan cemerlang sejak sekian lama. Namun tanpa kesinambungan dalam
                   perancangan pembangunan, legasi tidak mampu diwarisi. Sehubungan dengan itu, KEDAH2035 adalah
                   kesinambungan kepada perancangan pembangunan yang lepas yang ditambah baik untuk memandu negeri ke
                   arah mencapai negeri Sejahtera dan Berdaya Huni menjelang tahun 2035.




                   KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN







              4    www.kedah2035.com   |    BPEN Kedah
   1   2   3   4   5   6   7   8   9