Page 3 - SOALA PEPERIKSAAN UJAN PENILAIAN PEGAWAI LANTIKAN KONTRAK BERWARAN
P. 3
SULIT
BAHAGIAN B [40 MARKAH]
Jawab satu soalan sahaja
1. Cikgu Hassan ingin menyerahkan tanah bahagian milikannya yang
berkeluasan 50,000 kaki persegi kepada anak lelakinya. Beliau meminta nasihat
anda dan cara untuk melakukan proses pindah milik tanah tersebut. Sila
terangkan bagaimana proses pertukaran hak milik kepada Cikgu Hassan supaya
beliau faham dan pendaftaran dalam tempoh satu hari dapat dilakukan.
2. Mr. Tan bertanya kepada anda bagaimana untuk mengadakan pertunjukan
hiburan termasuk permainan kanak - kanak di daerah anda. Terangkan apakah
yang Mr Tan perlu lakukan dan pihak manakah yang boleh meluluskan lesen
tersebut.
3. Tunggakkan cukai tanah merupakan satu masalah di setiap pentadbiran
tanah. Anda telah diarahkan untuk mengambil tindakan merampas tanah bagi
tanah - tanah yang mempunyai tunggakan . Terangkan proses - prosesnya.
4. Tunggakkan cukai pintu yang tinggi menyebabkan pendapatan pendapatan
Pihak Berkuasa Tempatan merosot dan pembangunan pembangunan di kawasan
PBT tidak dapat dilakukan. Anda diarahkan untuk mengambil tindakan menyita
premis - premis yang mempunyai tunggakkan yang tinggi. Terangkan tindakan
yang perlu anda lakukan.
5. Kerajaan telah memutuskan untuk mengadakan jamuan meraikan
kemenangan pemain badminton negara, kerajaan turut bersetuju tetamu kehormat
pada majlis tersebut ialah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan
KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Kedah serta Kerabat Di Raja
Kedah. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) menugaskan anda sebagai
Setiausaha kepada Jawatankuasa tersebut, Apakah yang anda akan lakukan bagi
memastikan majlis tersebut berlangsung dengan jayanya.
6. Segala hasil atau wang yang didapati atau diterima dengan apa cara oleh
Persekutuan atau sesuatu Negeri mestilah dimasukkan bagi Persekutuan atau
Kumpulan Wang Disatukan bagi negeri itu ( Arahan Perbendaharaan 22 ).
i) Jelaskan secara terperinci kompenen Kumpulan Wang Disatukan bagi
Kerajaan Negeri.
ii) Bincangkan tatacara perakaunan bagi setiap komponen utama
Kumpulan Wang Disatukan bagi Kerajaan Negeri.
2