Page 8 - hiburan melampau_Neat
P. 8

B E R A N I      C I U M     M U L U T      D I    T E M P A T     A W A M ?



                                                                                  KUALA LUMPUR: Ibu mana
                                                                                  yang tidak kecewa apabila
                                                                                  anak kesayangan terpalit
                                                                                  dengan insiden yang benar-
                                                                                  benar merobek
                                                                                  hati.Sekalipun kasih sayang
                                                                                  tidak pernah kurang
                                                                                  dicurah, namun, tiada
                                                                                  kudrat buat penyanyi
                                                                                  terkenal Nora Ariffin untuk
                                                                                  menghalang kesilapan terus
                                                                                  berlaku.Ujian terbaharu
                                                                                  menghimpit penyanyi
                                                                                  lagu Di Persimpangan
                                                                                  Dilema itu.


                                              Ekoran itu, warganet bukan          Di media sosial, tular sebuah
                                              sahaja mula mengkritik remaja       video remaja perempuan
                                              berkenaan, bahkan penyanyi          sedang bercium dengan
                                              terkenal itu juga tidak terlepas    kekasihnya. Dan Nora yang
                                              daripada menjadi kritikan. Nora     mengambil sikap
                                              pula secara terbuka mengakui,       bertanggungjawab
                                              remaja perempuan yang               mengakui, remaja itu adalah
                                              dikaitkan dalam video itu adalah    anak perempuannya.
                                              anaknya.
                                                                                  Dalam luahan perasaan itu,
                                              Penghibur berusia 47 tahun itu      Nora atau nama sebenarnya,
                                              juga mengambil sikap                Wan Norafizah Wan Ariffin,
                                              bertanggungjawab mengakui,          47, berkata, sebagai seorang
                                              remaja itu adalah anak              ibu dia juga mempunyai
                                              perempuannya.                       banyak kelemahan.Dalam
                                                                                  masa sama, penyanyi lagu Di
                                              “Allahuakbar. Dengan penuh          Persimpangan Dilema itu
                                              rasa terkilan… saya mengaku itu     menyerahkan segala-galanya
                                              anak saya. Sebagai seorang ibu,     kepada Allah dan
                                              kita telah mencuba melakukan        mendoakan apa yang terjadi
                                              yang terbaik untuk mengajar,        akan memberi pengajaran
                                              membimbing dan mendidik,            dan iktibar buat semua.
                                              memberikan apa yang terbaik
                                              dalam kapasiti yang terbatas.

        “Namun, sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.. dia masih muda… dan dia
        perlu belajar banyak perkara dan kehidupan yang harus dilalui,” kata Nor a.

        Sementara itu, remaja lelaki berkenaan yang wajahnya tertera dalam adegan bercumbu dengan anak Nor a
        itu tampil memohon maaf kepada penyanyi berkenaan atas kesilapannya. Remaja berkenaan mengaku
        melakukan kesilapan dan bertanggungjawab terhadap penularan video        itu.“Saya ingin memoh on  maaf
        terutamanya kepada seluruh ahli keluarga Nora dan keluarga saya sendiri. Saya juga bertanggungjawab
        atas apa yang berlaku kepada anak Nora untuk dijadikan tular. Saya juga amat menyesali atas apa yang
        telah saya lakukan,” kata remaja itu lagi.





        Benar| 6
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13