Page 6 - Palestine Group 1
P. 6
BAITULMAQDIS merupakan tempat suci ketiga selepas Mekah
dan Madinah. Kota ini menempatkan Masjid Al-Aqsa, masjid
kedua selepas Kaabah. Masjid ini merupakan kiblat pertama
umat Islam, sebelum ianya berpindah ke Kaabah selepas
turunnya wahyu kepada Nabi Muhammad SAW, iaitu pada
peristiwa Israk dan Mikraj. Ini dirakamkan dalam al-Quran:
ْ
َّ
ْ
ْ
ا َ
َ
ِد جْسملا ىلِا مارحلا ِدجْسملا ن م لًْيل ٖ هِدْبعب ى ٰ رْسَا ْيِذلا َن ٰ حْبُس
ِ َ
ِ َ َ
َ ِ
ِ َ
ِ َ
ٰ
ْ
ۗ
َّ
ْ ْ
َ
ْ
َ
َ
رْيصَبل ا عْيِمَّسلا وُه ٗهَّنِا انِتٰيا ْ ن ِم ٗهَيرُنِل ٗهلوح انكرٰب يِذلا اصقَلْا
ُ ِ
ْ َ
َ ْ
َ
ُ
ِ
َ
“Maha suci Allah SWT yang menjalankan hamba-Nya (Nabi
Muhammad SAW) pada malam hari dari Masjidil Haram (di
Makkah) ke Masjid al- Aqsa (di Baitulmaqdis) yang diberkati
sekelilingnya, bagi menunjukkan bukti kebesaran Allah SWT,
sesungguhnya Allah SWT Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Al-Isra’: 1)
Bagi Palestin, ia telah menjadi tempat yang menjadi tumpuan
bagi Yahudi, Kristian dan Islam. Golongan Muslim melihatnya
sebagai tanah yang diberkati oleh Allah SWT dan ia merupakan
tanah yang mempunyai kaitan dan kepentingan seperti mana
yang ditunjuk oleh para anbiya’ terdahulu. Namun begitu,
setelah Palestin menjadi wilayah yang dijajah pada awal abad
ke-20, situasinya telah bertukar. Jika dahulu ia bersifat inklusif
dengan menerima kepelbagaian agama di tanah tersebut, tetapi
ia menjadi wilayah yang tidak lagi bebas dan tidak terbuka
terutama kepada umat Islam. 5