Page 814 - EPORTFOLIO ZAINAB ZAKARIA GB220121
P. 814
i) LAPORAN RINGKAS PROGRAM (MINIMUM 250 PATAH PERKATAAN):
Pertandingan ‘Fashion Show’ ini adalah bertemakan bahan kitar semula. Program ini dijalankan
bagi mendedahkan kepada pelajar tingkatan 1 khususnya betapa pentingnya bagi kita untuk
mengitar semula bahan buangan yang masih boleh digunakan. Program ini dianjurkan dengan
hasrat murni dalam melahirkan pelajar yang berkualiti, kreatif dan inovatif.
Segala aktiviti tidak dapat berjalan seperti apa yang dirancang bermula pada pukul 8
pagi. Namun begotu, tepat jam 830 pagi program dimulakan. Di mana, guru kelas mengumpul
pelajar RBT tingkatan 1 di dalam dewan makan. Kemudian, pengurus majlis akan mengatur
kedudukan perserta untuk memperagakan pakaian di atas pentas. Pengacara majlis
melaksanakan tugas dengan begtu lancar seperti yang di rancang oleh pengurus majlis. Selepas
kesemua perserta memperagakan pakaian, mereka di minta untuk menunggu keputusan
daripada juri. Dalam jam 1030, keputusan sudah di umumkan dan para pemenang membawa
hadiah masing-masing berbentuk hamper makanan. Majlis bersurai sekitar jam 11 pagi dan
pelajar dikehendaki untuk kembali ke kelas masing-masing.
Objektif program dilihat dapat dicapai dengan pelajar menunjukkan bakat dan kreativiti
mereka dalam mereka bentuk pakaian yang terhasil daripada pakaian yang terbuang mahupun
kitar semula. Selain itu kemampuan pelajar dapat dicungkil hasil daripada kemahiran berfikir
secara kritis dan melakukan tugas secara berkumpulan. Namun begitu, program agak terganggu
dengan masa pelajar yang diwajibkan berkumpul di surau asrama yang menyebabkan program
ditangguhkan selama 30 minit. Namun begitu berjaya di pulihkan setelah kedatangan pelajar di
dewan makan asrama al farabbi.
Konlusi daripada peserta program ini rata -ratanya menunjukkan rasa seronok dan
berpuas hati dengan hasil kerja dan kemenangan yang mereka peroleh. Malah mereka turut
teruja dengan aktiviti yang dianjurkan pelajar UTHM kerana mereka dapat mengikuti aktiviti
yang dapat mengurangkan tekanan mereka semasa belajar. Mereka juga mengatakan mereka
mendapat pelbagai ilmu pengetahuan baru dan pada masa yang sama mengasah soft skills
mereka. Kreativiti mereka sangat terselah hasil rekaan pakaian masing-masing.
Cadangan penambahbaikkan program pada masa akan datang, pihak sekolah
merekomendasikan untuk pelatih menjalankan aktiviti mahupun pertandigan berkonsepkan kuiz
reka bentuk teknologi agar dapat mencungkil dan mengasah minda mereka dengan konsep dan
elemen yang terdapat reka bantuk teknologi khususnya tingkatan 1.
Secara kesimpulannya, pelaksanaan program ini berjalan dengan lancar atas dorongan
dan nasihat daripada penasihat program dan juga selaku guru pembimbing. Kerjasama daripada
pihak sekolah dan pelajar juga amat memberansangkan kerana mendapat sambutan luar biasa
daripada pihak pelajar. Diharapkan agar program akan datang akan melibatkan sejumlah pelajar
tingkatan 1 sesi pagi dan juga sesi petang supaya mereka merasai keseronokkan matapelajaran
RBT.
3