Page 820 - EPORTFOLIO ZAINAB ZAKARIA GB220121
P. 820
RECYCLE COUTURE: REKAAN REVOLUSI DALAM PAKAIAN.
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan untuk mendapatkan kelulusan pelaksanaan program
bagi pelajar Sarjana Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia (UTHM) menjalankan program Kembali Kepada Asas
Bersama Pelajar Tingkatan 1 SMK Seri Gading yang bertema RECYCLE
COUTURE: REKAAN REVOLUSI DALAM PAKAIAN.
2.0 LATAR BELAKANG
Pertandingan ‘Fashion Show’ ini adalah bertemakan bahan kitar semula. Program
ini dijalankan bagi mendedahkan kepada pelajar tingkatan 1 khususnya betapa
pentingnya bagi kita untuk mengitar semula bahan buangan yang masih boleh
digunakan. Program ini dianjurkan dengan hasrat murni dalam melahirkan pelajar
yang berkualiti, kreatif dan inovatif. Selain itu, kami juga berharap dengan
terlaksananya program ini, impak yang positif akan dapat diperolehi dari segi
semangat, kerjasama dan kreativiti setiap pelajar tingkatan 1 yang terlibat dalam
Pertandingan ‘Fashion Show’ ini. Melalui program ini, pelajar bukan sahaja dapat
mengasah bakat yang terpendam malah dapat mengembangkan lagi pelbagai
kemahiran insaniah seperti kemahiran bekerja secara berkumpulan.
Program ini adalah bertujuan bagi memupuk kesedaran kepada pelajar
tentang kepentingan penggunaan bahan-bahan terpakai. Ianya merupakan satu
kerugian dan pembaziran sekiranya bahan-bahan terpakai ini tidak digunakan
dengan cara yang efektif
3.0 TEMA
Recycle Couture: Rekaan Revolusi Dalam Pakaian
4.0 MATLAMAT
Melestarikan satu program yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu
serta memenuhi aspirasi negara. Selain itu, program ini juga dapat membantu
dalam pembentukan individu tenaga mahir yang seimbang dari segi kemahiran dan
nilai adab di dalam diri.