Page 2 - LAPORAN AKTIVITI
P. 2

PK13 – Pengurusan Bimbingan & Kaunseling
                                                                                                     BK21

                           LAPORAN AKTIVITI / PROGRAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING

                                       Sekolah Menengah Kebangsaan Laksamana

                   1.  Nama Program      : Minggu Halatuju Tingkatan 6 Semester 1 Sesi 2022 / 2023
                                           Kolaborasi UBK & Pra- U
                   2.  Tarikh            : 25 – 28 Julai 2022
                   3.  Masa / Hari       : 7.20 pagi – 2.00 petang / Isnin – Khamis
                   4.  Tempat            : Dewan Tunku Abdul Rahman, SMK Laksamana
                   5.  Objektif          :
                                           i.   Mewujudkan hubungan baik antara pihak sekolah dengan
                                                pelajar baru.
                                           ii.   Memberi pendedahan kepada pelajar tentang persekitaran
                                                sekolah dan subjek tingkatan 6.
                                          iii.   Menguji kekuatan emosi, jasmani dan mental pelajar melalui
                                                aktiviti yang diadakan.
                                          iv.   Memberi  semangat  baru  kepada  pelajar  supaya  lebih
                                                bersedia di alam tingkatan 6.

                   6.  Bilangan Penyertaan : semua pelajar adalah terlibat seperti di bawah :
                                           LELAKI                       PEREMPUAN
                    PESERTA                                                                    JUMLAH
                                   M       C       I      LL      M       C       I      LL
                    6RUSM          1       1      1       0       7       3       0      13
                    6RUM           8       3      0       0       24      1       0      36        84
                    6RUKM          1       0      1       0       30      0       3      35
                              *jumlah bilangan pelajar pada hari pertama

                   7.  Butiran Aktiviti :
                       Rujuk Lampiran Tentatif Program

                   8.  Penilaian Program
                          a.  Kekuatan Program :
                              Program ini dapat menguji ketahanan mental dan fizikal pelajar berdasarkan
                              aktiviti yang diadakan. Selain itu, program ini juga dilihat dapat membentuk
                              keperibadian pelajar supaya lebih bersedia dalam menempuhi semula alam
                              persekolahan yang lebih mencabar dalam tingkatan 6. Kekuatan program ini
                              juga ialah dapat memberikan pendedahan awal kepada para pelajar tentang
                              subjek matapelajaran yang akan mereka ambil.

                          b.  Kelemahan Program :
                              Ada  beberapa  aktiviti  yang  dijalankan  tidak mengikut ketetapan masa  yang
                              telah diberikan. Beberapa taklimat matapelajaran juga terpaksa ditangguhkan
                              kerana berlaku perkara yang tidak dapat dielakkan.  Nyanian lagu sekolah dan
                              lawatan ke bilik-bilik utama tingkatan 6 juga tidak dapat dilaksanakan kerana
                              kekangan masa.

                          c.  Penambahbaikan Program  :
                              Pada sesi yang akan datang, para pelajar akan di terangkan tentang peraturan
                              dan cara untuk menyanyikan lagu sekolah dengan betul dan baik.




           Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
           01 Januari 2018  -   Keluaran 05   |   Pindaan 00
   1   2   3   4   5   6   7