Page 182 - OMIICOT2020_SESSION2
P. 182

Norazlinda binti Gaman  / JOJAPS – JOURNAL ONLINE JARINGAN PENGAJIAN SENI BINA 0177074864
        Responden 2: “Kadang-kadang ada bahasa isyarat pensyarah yang saya tidak faham, saya akan mengggunakan isyarat KTBM
        (Kod Tangan Bahasa Malaysia), jika pensyarah mengeja perkataan tersebut saya faham tetapi memerlukan penerangan lanjut
        dengan bantuan isyarat”.

        Responden 3: “Saya lebih faham isyarat yang diberi oleh pensyarah sebab ada disertakan contoh, jika isyarat sahaja kadang-
        kadang ada yang saya tidak faham, jika nota yang diberi biasanya saya tunggu isyarat dari pensyarah atau akan bertanya pada
        kawan”.

        Responden 4: “Saya boleh memahami isyarat pensyarah dan boleh membaca gerak mulut, saya juga boleh memahami nota yang
        diberi oleh pensyarah”.

        Responden  5:  “Saya  faham  isyarat  yang  diberi  oleh  pensyarah  tapi  ada  beberapa  perkataan  yang  baru  saya  jumpa  terutama
        semasa semester 2 dalam kelas Rekaan Pakaian”.

        Responden 6: “Saya tidak tahu berbahasa isyarat tapi saya boleh mendengar jika pensyarah bercakap dengan suara yang agak
        kuat sedikit, saya tahu membaca tapi kurang faham beberapa istilah fesyen dalam nota atau buku”.

        Responden 7: “Saya faham isyarat yang diberi oleh pensyarah walaupun ada isyarat yang baru saya tahu, saya boleh mendengar
        dengan alat bantuan pendengaran dan faham pergerakan mulut, boleh faham dan jika tidak faham saya suka bertanya dan suka
        cari di internet sendiri”.

        Responden 8: “saya kurang faham tapi kalau dengan bantuan jurubahasa saya faham, ada belajar semasa semester lepas tapi saya
        lupa”.
        Responden 9: “Saya tidak faham sepenuhnya isyarat yang diberi oleh pensyarah tapi saya boleh faham istilah fesyen kerana ada
        belajar semasa semester 1 dan 2”.

        Responden 10: “Saya boleh memahami isyarat tangan pensyarah, istilah fesyen juga saya pernah tahu ketika semester lepas dan
        boleh ingat jika melihat gambar atau contoh”.

        7.8 Aspek Kemahiran

        Responden  1:  “Saya  tiada  kemahiran  teknikal  sebelum  masuk  ke  politeknik.  Saya  boleh  melukis  dan  melakar  pola  dengan
        bantuan pensyarah dan kawan-kawan. Saya mendapatkan bahan rujukan melalui internet”.

        Responden 2: “Saya mempunyai kemahiran komputer grafik sebelum masuk ke Politeknik. Sekarang saya mampu membuat pola
        dengan bantuan buku rujukan yang diberi oleh pensyarah. Saya mendapatkan bahan rujukan melalui internet”.

        Responden  3:  “Saya  tiada  kemahiran  teknikal  sebelum  masuk  ke  politeknik.  Saya  boleh  menjahit  dan  melakar  pola  dengan
        bantuan pensyarah dan kawan-kawan. Saya mendapatkan bahan rujukan melalui internet”.

        Responden 4: “Saya mempunyai kemahiran melukis sebelum masuk ke Politeknik. Sekarang saya mampu Melukis, menjahit dan
        membuat pola asas seiring dengan pembelajaran di dalam kelas. Saya mendapatkan bahan rujukan melalui internet dan majalah”.

        Responden 5: “Saya mempunyai kemahiran dalam Pembuatan pakaian lelaki (jahitan) sebelum masuk ke Politeknik. Sekarang
        saya mampu melukis figura, menjahit dan membuat pola berdasarkan rujukan yang diberi oleh pensyarah. Saya mendapatkan
        bahan rujukan melalui Internet, majalah dan tugasan pelajar semester lepas”.

        Responden 6: “Saya mempunyai kemahiran dalam Kemahiran menjahit pakaian (baju kurung dan baju melayu) sebelum masuk
        ke Politeknik. Sekarang saya Lebih mahir menjahit, dan membuat pola tetapi bukan menggunakan pola blok. Saya mendapatkan
        bahan rujukan melalui Internet”.

        Responden 7: “Saya mempunyai kemahiran dalam Kemahiran menjahit sebelum masuk ke Politeknik. Sekarang Boleh menjahit
        sendiri dan faham membuat pola, masih lemah melukis. Saya mendapatkan bahan rujukan melalui Internet”.
        Responden 8: “Saya mempunyai kemahiran Pembinaan domestic sebelum masuk ke Politeknik. Sekarang saya boleh menjahit
        sendiri dan faham membuat pola, masih lemah melukis. Saya mendapatkan bahan rujukan melalui Internet”.

        Responden 9: “Saya mempunyai kemahiran Bidang Masakan sebelum masuk ke Politeknik. Sekarang saya boleh membuat pola
        sendiri, menjahit dan lebih kreatif apabila melukis. Saya mendapatkan bahan rujukan melalui Internet”.
        173 | VOL19
   177   178   179   180   181   182   183   184   185   186   187