Page 207 - OMIICOT2020_SESSION2
P. 207
Rohafiza Bt Hj Md Darus / JOJAPS – JOURNAL ONLINE JARINGAN PENGAJIAN SENI BINA +0124542649
Peningkatan dalam produktiviti bukan hanya bergantung pada input pertanian seperti buruh, modal dan tanah,
tetapi juga pengetahuan dan inovasi yang dapat menerajui pertumbuhan, menghasilkan nilai tambah dan
menyediakan asas untuk melonjakkan daya saing. Walaupun sektor pertanian menghadapi beberapa isu dan cabaran
baru, namun sektor ini adalah penting sebagai pembekal dan penjamin sekuriti makanan, peluang pekerjaan,
pendapatan eksport dan penjana ekonomi negara. Sektor ini juga akan sentiasa relevan sebagai sumber bahan
mentah untuk pembangunan industri berasakan pertanian. Pengunaan teknologi GIS dalam industri pertanian
khususnya dalam bidang penanaman semakin giat penggunaannya.
Penggunaan sistem GIS dalam penanaman padi telah dimulakan sejak kebelakangan ini namun masih terdapat
pesawah yang kurang pendedahan terhadap sistem tersebut. Penggunaan teknologi dalam industri pertanian bukan
lagi asing bagi sesetengah negara maju kerana mereka bergerak seiring dengan peredaran masa. Pelaksanaan dasar
pertanian maju amat bersesuaian kerana para petani kita dapat mempelajari ilmu baharu dan menginovasi hasil
pertanian mereka dengan lebih efektif dan komprehensif. Dengan hasil pelaburan yang tinggi, ia dapat menjimatkan
masa para petani lebih 50% daripada kaedah kovensional
2. KAJIAN LITERATUR
Kita mengetahui bahawa penggunaan teknologi dalam sektor pertanian semakin dititikberatkan di negara-negara
maju. Negara kita perlu berdaya saing seperti negara-negara maju yang lain agar kita tidak ketinggalan dalam segala
segi terutama dalam sektor industri pertanian. Kita perlu mempelajari dan mengkaji teknologi yang diguna pakai
oleh negara maju dalam sektor industri pertanian agar kita dapat mempraktikkan bagi mengembangkan kemajuan
industri pertanian di negara kita. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir Faiz Fadzil, Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani disarankan agar menerapkan konsep ‘pertanian pintar’ secara terperinci sejajar
dengan dasar pertanian baharu supaya bidang pertanian akan terus berkembang sebagai sektor utama ekonomi
negara. Beliau menambah lagi , untuk merealisasikan hasrat ini, sektor pertanian negara memerlukan perubahan
struktur pada skala besar yang dipacu menerusi Revolusi Pertanian Pintar (RPP) atau ‘smart farming’ bagi
menyuburkan kembali bidang ini. (30 Julai, 2018 Malaysia Dateline).
Sistem Maklumat Geografi (GIS) merupakan satu sistem yang mampu menginput, mengurus, mengolah. dan
menganalisis serta memapar data ruangan dan data bukan ruangan (Star & Estes 1990; Burrough & McDonnell,
1998). GIS boleh dilihat sebagai satu set alat yang membolehkan pengguna untuk menganalisis data spatial, seperti
peta. GIS adalah sebuah sistem automatik yang menangkap, menyimpan, memperoleh semula, menganalisis dan
memaparkan data spatial. (Clarke, K. C. Integrating GIS and Environmental Modelling, London: Taylor and
Francis, 1995).
Seterusnya,Dron mampu membekalkan maklumat awal kesuburan tanah dengan pengambilan sampel tanah
secara kawalan jauh di lokasi yang telah ditetapkan. Malah dron juga mampu untuk menghasilkan peta 3-D pada
sesuatu kawasan bagi tujuan pengurusan ladang serta analisis sampel tanah. Justeru , maklumat ini boleh digunakan
untuk mengenalpasti rekabentuk tanaman. Selepas operasi tanaman , analisis tanah dapat membekalkan maklumat
berkenaan keperluan pengurusan pengairan serta aras-Nitrogen.( Ahmad Suhaizi, M. S,, Norida, M., Nik Norasma,
C, Y., dan Wan Fazilah, F. I. (Jabatan Teknologi Pertanian, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia, UPM
Serdang, Selangor, November 2017). Selain itu, “Dron dapat mendigitalkan informasi kawasan pertanian secara
terperinci dan tepat selaras dengan revolusi perindustrian melibatkan teknologi automasi bagi mengekalkan
Malaysia sebagai negara berdaya saing dalam sektor pertanian,” Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh
(2018 Utusan Melayu (M) Bhd ).
* Rohafiza Bt Md Darus Tel.: +60124542649 ; fax:06-2636687
E-mail address: rohafiza@pmm.edu.my
198 | V O L 1 9