Page 43 - masjidtanahdatar_draftlatest
P. 43

REKA BENTUK BUMBUNG







              Bumbung merupakan elemen penting yang amat
              diutamakan oleh pihakk Masjid sebagai salah satu
              daripada khazanah yang harus diperlihara dan sangat
              unik yang terdapat di dalam seni bina masjid ini.
              Hampir kebanyakkan daripada reka bentuk masjid
              tradisional di negeri ini menggunakan reka bentuk
              seni bina yang sama, mengambil sedikit daripada
              senibina Negeri Sembilan dan menerepakan seni
              bina China dan India di dala pembinaan masjid
              tersebut.

              Seni bina Masjid Jamek Tanah Datar ini banyak
              dipengaruhi oleh seni bina China dan India, ini kerana
              pada zaman tersebut, seni bina China dan India
              terkenal apabila pedagang yang dating daripada
              China dan India untuk berdagang di tanah melayu.

              Bumbung bagi masjid ini banyak dipengaruhi oleh
              seni bina China. Bagi orang China, meletakkan
              bumbung diantara satu sama lain atau bertingkat-
              tingkat merupakan lambang kehormatan. Cara ini
              dapat menghindarkan daripada panas matahari dan
              cuaca sejuk masuk ke dalam bangunan secara terus.
              Bumbung ini di sokong oleh empat tiang yang terletal    Gambarajah 35 Bumbung lama Masjid Jamek Tanah Datar,Chengkau.
              di tengah-tengah masjid bagi mengukuhkan lagi
              struktur di dalam bangunan


                                                                                                                                        43
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48