Page 24 - masjidbongek
P. 24

Sistem ruang


            Konsep pembahagian ruang dalaman masjid ini dibahagikan
            kepapa 3 bahagian iaitu ruang solat, ruang mihrab dan ruang
            mimbar. Ruang solat dapat menampung 30 hingga 40 orang
            pada satu masa.

            Ruang Mihrab

            Mihrab ialah suatu lekukan pada dinding  kiblat dan ia
            menjadikan tempat di mana imam memimpin sembahyang.                      Ruang Mihrab
            Mihrab juga boleh difahamkan sebagai bilik yang tidak
            berpintu paa satu  bahagian  dinding yang khusunya untuk
            imam bersembahyang.

            Ruang Mimbar


            Mimbar difahami sebagai suatu platform tinggi tertutup yang
            digunakan untuk khatib membaca khutbah dan tempat khatib
            duduk sebentar  pada suatu  ketika semasa menyampaikan
            khutbah.
                                                                                      Ruang Mimbar
            Ruang Solat


            Ruang  solat merupakan  runag untuk beribadah.  Ruang
            ini  banyak  menggunakan  sumber  pencahayaan  dan
            pengudaraan  semulajadi.  Selain untuk beribadah,  ruang ini
            digunakan untuk tempat I’tikaf, berzikir, pengajian, membaca
            Al Qur’an, majlis-majlis ilmu dan sebagainya. Ruang ini hanya
            boleh memuatkan dalam 70 hingga 80 ahli jemaah dalam satu
            masa.                                                                                                                 8
                                                                                      Ruang Solat Wanita   Ruang Solat Lelaki
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29