Page 7 - masjidbongek
P. 7

ABSTRAK




                    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan merekod sejarah dan fakta tentang
            seni bina pembuatan dan pembinaan masjid seratus tahun. Kajian dijalankan untuk
            menjamin keutuhan dari segi reka bentuk dan nilai seni bina yang terdapat pada
            bangunan  tersebut. Seni bina  bangunan  masjid  lamaini  dapat  dijadikan  sebagai
            bahan  rujukan untuk generasiakan  datang. Sehubungan  dengan  itu, kajian  ini
            membincangkan serba sedikit tentang penyelidikan seni bina bangunan yang telah
            bertahun lamanya ditinggalkan dari segi kestabilan struktur, ciri-ciri bangunan dan
            bahan yang digunakan serta ornamentasi yang terdapat pada bangunan tersebut.
            Kajian ini memfokuskan kepada aspek utama iaitu Penyelidikan Seni Bina Negeri
            Sembilan yang diterapkan pada bangunan yang dibangunkan. Dengan mengambil
            Rembau, Negeri Sembilan sebagai kawasan tumpuan, kajian ini juga menghuraikan
            aspek berkaitan dengan lebih lanjut.



            Hasil daripada kajian  ini dapat digunakan  bagi mengenal  pasti masalah  yang
            boleh  mendedahkan  penemuan  yang berkaitan  dengan  bangunan  warisan  dan
            membincangkan  tentang pelan asal, ruang yang sedia ada dan pengukuran
            penggunaan  bahan dalam pembangunan  bangunan.  Para pelajar  Politeknik Port
            Dickson diwajibkan melakukan lawatan kajian, penyelidikan dan mengukur bangunan
            warisan yang telah ditetapkan. Semua produk mengukur sepanjang aktiviti proses
            kajian dan analisis akan dinilai oleh pakar dalam bidang seni bina. Dapatan utama
            kajian menunjukkan wujud perbezaan antara pengaruh dan seni bina Negeri Sembilan
            dan Minangkabau memalui item kajian seperti tangga, tingkap, ukirang dan pintu.
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12