Page 35 - masjidbongek
P. 35
Motif Kaligrafi
Sinonim dengan ukiran kayu Melayu kerana keindahan dan daya estetikanya yang menepati
jiwa dan citarasa Islam. Ukiran ini banyak digunakan pada ambang pintu kerana dipercayai
dapat menghindari anasir jahat memasuki masjid tersebut selain dipercayai mendapat
keberkatan dan mengelak dari berlaku sesuatu musibah.
Penggunaan motif kaligrafi pada masjid ini kerana berfungsi untuk mengakui keagungan
Allah S.W.T dan nabi Muhammad S.A.W. Ukiran ini terletak pada bahagian mimbar masjid.
Ayat Al-Qur’an dan hadis nabi sering digunakan serta dijadikan ilham dalam motig khat
sekaligus menggesa si pengukir untuk menulis dan penonton untuk membaca. Melalui
tulisan berbentuk ukiran ini, ilmu-ilmu dapat dipelajari dan hikmah Ilahi dapat didekati.
17