Page 14 - masjidtanahdatar
P. 14

SEJARAH REMBAU





                                                                      Menurut sejarah, Rembau asalnya adalah antara
                                                                      tempat mendarat terawal orang-orang Minangkabau
                                                                      dari Sumatera. Adat Perpatih telah dibawa masuk oleh
                                                                      orang Minangkabau. Mereka membuka perkampungan
                                                                      di sini dan ramai yang berkahwin dengan penduduk
                                                                      asli di daerah ini. Semasa pemerintahan Kerajaan
                                                                      Melayu Melaka dipercayai Rembau adalah sebahagian
                                                                      daripada jajahan Melaka. Orang-orang Rembau
                                                                      pernah berperang dengan orang-orang Naning, Melaka
                                                                      pimpinan Haji Dol Said.
                                                                      Ini adalah antara pekan pekan yang terdekat dengan
                                                                      rembau
                                                                      • Kota           • Semerbok         • Tanjong Kling
                                                                      • Chengkau       • Pilin            • Selemak
                                                                      • Nerasau        • Lubok China      • Legong Ilir
                                                                      • Gadong         • Batu Hampar      • Chembong
                                                                      • Bongek         • Miku             • Titian Bintangor


                   Rembau adalah sebuah daerah di Negeri                            Pentadbiran
                   Sembilan yang terletak di arah selatan
                   bersempadan dengan negeri Melaka. Daerah            Daerah ini mempunyai satu kawasan parlimen iaitu
                   Rembau seluas 402.76 kilometre persegi atau         Parlimen Rembau dan empat kawasan undangan
                   41512 hektar dengan penduduk seramai hamper         negeri iaitu Chembong, Kota, Paroi dan Rantau. Ahli
                   40000 orang yang mendiami 17 mukim                  Parlimen Rembau yang pertama dalam sejarah ialah
                   mengandungi 204 buah kampung. Penduduk              Dato' Firdaus Muhammad Rom bin Harun yang dipilih
                   daerah ini majoritinya adalah petani, kakitangan    pada tahun 2004. Kini, Parlimen Rembau diwakili oleh
                   kerajaan, pekerja perkilangan di kawasan            Khairy Jamaluddin sebagai ahli parlimen. Manakala,
                                                                       Undang Rembau pada masa ini ialah Dato' Haji
                   perindustrian daerah atau di Seremban.              Muhammad Sharip bin Othman.

  13
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19