Page 48 - masjidtanahdatar
P. 48
REKA BENTUK BUMBUNG
Bumbung merupakan elemen penting yang amat
diutamakan oleh pihakk Masjid sebagai salah satu
daripada khazanah yang harus diperlihara dan
sangat unik yang terdapat di dalam seni bina
masjid ini. Hampir kebanyakkan daripada reka
bentuk masjid tradisional di negeri ini
menggunakan reka bentuk seni bina yang sama,
mengambil sedikit daripada senibina Negeri
Sembilan dan menerepakan seni bina China dan
India di dala pembinaan masjid tersebut.
Seni bina Masjid Jamek Tanah Datar ini banyak
dipengaruhi oleh seni bina China dan India, ini
kerana pada zaman tersebut, seni bina China dan
India terkenal apabila pedagang yang dating
daripada China dan India untuk berdagang di
tanah melayu.
Bumbung bagi masjid ini banyak dipengaruhi oleh
seni bina China. Bagi orang China, meletakkan
bumbung diantara satu sama lain atau bertingkat-
tingkat merupakan lambang kehormatan. Cara ini
dapat menghindarkan daripada panas matahari
dan cuaca sejuk masuk ke dalam bangunan
secara terus. Bumbung ini di sokong oleh empat
tiang yang terletal di tengah-tengah masjid bagi
mengukuhkan lagi struktur di dalam bangunan
46