Page 3 - ayu sukan
P. 3
Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor
Syukur alhamdulillah, Kejohanan Sukan Balapan SMKSM 2020 telah berjaya di anjurkan
dengan lancar. Saya bagi pihak pentadbir, urusetia dan warga sekolah ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan edisi kali ini.
Bukan mudah untuk menganjurkan kejohanan kali ini memandangkan Kejohanan Sukan
peringkat Daerah Mersing perlu dilaksanakan pada akhir Bulan Februari akan datang.
Namun berkat kesungguhan dan bantuan daripada semua warga sekolah SMK Sri Mersing
yang dilantik sebagai jawatankuasa banyak membantu dalam menjayakan misi kejohanan
kali ini. Tahniah juga diucapkan kepada Setiausaha Sukan sekolah, Cikgu Marzuki Bin
Muali yang banyak menyumbangkan tenaga, idea dan masa dalam memastikan kejohanan
dapat dianjurkan dengan baik.
Terima kasih juga kepada semua ahli jawatankuasa yang membantu dan mengerah tenaga
memastikan Kejohanan Sukan dapat dianjurkan dengan baik. Tidak lupa ucapan
penghargaan dan terima kasih kepada pihak penaja iaitu Ko-operasi SMK Sri Mersing yang
penaja kejohanan ini dan juga ucapan terima kasih kepada semua murid yang bersungguh-
sungguh menyertai Kejohanan Sukan Balapan walau masa untuk berlatih bagi setiap acara
amat terhad. Ucapan terima kasih juga kepada pihak JPAM yang hadir sebagai pasukan
kecemasan sepanjang kejohanan berlangsung.
Semoga penganjuran kali ini memberi kenangan yang manis kepada semua kontinjen,
pegawai kejohanan dan semua murid amnya. Tanpa usaha dan kerjasama semua pihak,
kejohanan ini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Sekian, terima kasih.
Cikgu Hasan Bin Abd Rashid
Pengetua,
SMK Sri Mersing