Page 5 - SUKAN 2020
P. 5
PENGENALAN
Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui
kegiatan sukan, murid-murid dapatbukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam
bidang ini, malah pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta dapat mendisiplinkan
diri. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sukan dapat dilihat dapat
menggalakkan pertumbuhan yang cemerlang dari aspek intelek, jasmani, rohani, emosi
dan sosial. Atas kesedaran inilah, maka Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mersing
mengadakan satu acara sukan tahunan iaitu Kejohanan Olahraga yang menjurus kepada
pembentukan insan yang seimbang. Melalui kejohanan ini diharapkan dapat
menggalakkan pembangunan diri murid-murid SMK Sri Mersing sekali gus mencapai kea
rah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
OBJEKTIF
1. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu
yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani,intelektual dan sahsiah.
2. Memupuk semangat kerjasama dikalangan warga Sekolah Kebangsaan SMK Sri
Mersing dengan pihak PIBG/PIBK dalam mengendalikan acara yang memerlukan
kerjasama semua pihak untuk menjayakan temasya kejohanan olahraga kali ke 58 ini.
3. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta semangat berjuang
dalam kalangan murid-murid dan guru-guru melalui pertandingan antara rumah-rumah
sukan
4. Mencungkil bakat baru untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi selari dengan
KPI untuk menjadi johan keseluruhan kejohanan olahraga mssd 2020 di Daerah Mersing.
TEMA perbarisan
Bunga