Page 20 - Modul Versatil BM Tahun 5 Buku A
P. 20
Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)
LATIHAN 2
Gariskan penanda wacana yang tepat dalam petikan-petikan di bawah.
Petikan 1
Penyalahgunaan internet bagi tujuan mempersenda dan membuli orang lain semakin
menjadi-jadi belakangan ini. (i) ( Sungguhpun demikian, Walaupun ) masyarakat seolah-olah
tidak ambil berat tentang hal ini. Rata-rata masyarakat menganggap perkara itu remeh atau tidak
penting. (ii) ( Selain daripada itu, Di samping itu ) ada dalam kalangan mereka yang menanggapi
perbuatan mempersenda orang lain di laman sosial sebagai satu perbuatan yang melucukan.
Mangsa buli siber bukan sahaja mengalami tekanan perasaan (iii) ( malah, tambahan pula
) merasakan tidak ada tempat untuk mengadu. (iv) ( Oleh itu, Sungguhpun demikian ) kempen
kesedaran tentang bahaya buli siber perlu dilancarkan oleh pihak media. Masalah mental emosi
yang berpunca daripada penyalahgunaan internet perlu ditangani segara.
Petikan 2
Apabila menyebut tentang kuih-muih tradisional, majoriti anak-anak muda tidak
menggemarinya. Mereka memberikan alasan kuih tersebut terlalu manis, lemak dan tidak baik
untuk kesihatan. (i) ( Disebabkan itu, Namun demikian ) mereka memilih untuk menikmati
hidangan barat yang konon-kononnya jauh lebih berkhasiat. Situasi ini menyebabkan kuih-muih
tradisional tidak popular dan semakin dilupakan. (ii) ( Namun begitu, Dalam pada itu ) terdapat
usahawan yang inovatif dalam mengubah suai kuih- muih tradisional agar menjadi lebih moden
dan menepati selera anak-anak muda.
Sebagai contoh, bahulu yang pada asalnya manis dan diperbuat daripada telur yang
banyak kini ditambah perisa seperti coklat, kopi, pandan dan sebagainya dengan rasa manis
yang dikurangkan. (iii) ( Di samping itu, Secara tidak langsung ) anak-anak muda tertarik untuk
mencubanya. Mereka bukan sahaja menyukainya (iv) ( tambahan pula, malah ) menganggap
inovasi itu sesuatu yang unik dan perlu diperluas.
Petikan 3
Tidak semua orang selesa dengan pengucapan awam. Berdepan dengan orang ramai di
dalam dewan yang besar boleh mengundang rasa gugup dan cemas. (i) ( Di samping itu, Selain )
keyakinan diri yang tinggi diperlukan untuk meyakinkan penonton tentang apa yang kita sampaikan.
(ii) ( Oleh hal yang demikian, Selepas itu ) persiapan yang rapi amat penting bagi mempersiapkan
diri secara mental dan fizikal.
Antara langkah yang boleh diambil ialah dengan membuat latihan demi latihan di depan
cermin. (iii) ( Meskipun, Justeru ) agak kekok dan kelihatan janggal pada mulanya, lama-kelamaan
kita dapat membaiki kelemahan yang ada. Merakam diri sendiri ketika berucap juga satu idea yang
bernas. Kita dapat melihat gaya pengucapan kita berulang-ulang kali dan mengenal pasti mana-
mana bahagian yang perlu diperbaiki. Ilmu tentang pengucapan awam boleh diperoleh melalui
buku dan juga kelas. Kita mestilah melengkapkan diri dengan kemahiran ini kerana pengucapan
awam sangat penting (iv) ( lebih-lebih lagi, malah ) apabila kita mula bekerja kelak.
19 © Nilam Publication Sdn. Bhd.